Kongsi Resepi

Friday, 8 November 2013

Jalan Jalan Ke Johor

Sekian lama bekerja,
Ni la masa yang sesuai untuk bercuti..
Bercuti sambil melawat pak usu dan keluarga..
Kat Rengit, Batu Pahat..

Plan masa raya aidilfitri aritu..
Orang lain yang beriya nak pergi,
Orang lain yang dah sampai sana..

Family adikbadik ayah yang lain semua cancel last minit..
Ntah dorang tu, dorang yang beria sakan nak tido mana, g mana masa kat sana nanti..
Tup tup,
Diam je..
Kitorang gigihkan juga sebab pak usu selalu ajak datang rumah dia..
Asik dia je turun KL kan..
Masa pergi tu rasa jauhhh sangat, tapi bila balik,
Aik, dah sampai Melaka dah....
Walaupun masa perjalanan tu sama je..

Gi sana 3hari 2malam,
Aku amik cuti ari Isnin, panjang sikit lama cuti tu kan..
Merasa la juga buah mata kucing dari kebun pak usu..



Then g pekan gi kampung orang asli yang jual barang 2nd hand Singapore.
Pergh.. Banyak gileee peti ais, mesin basuh, tv, kusi kayu jati..
Tahan je niat ni nak beli semua tu.. Kitorang ada beli ironboard,
Kualiti baik, harga pun ok..
Hari Ahad tu,
Gi tengok laut.. barulah kenal apa itu Belangkas...
Then g coconut shake, kilang kerepek..

 
Borong tak agak kerepek tu..
Buat kunyah-kunyah kat opis nanti.. Hihihi..
Lepas makan tengahari,
Kazen ajak gi BP Mall,
Tengok Highland Tower,
Gigih haaa duduk depan sekali kitorang berEnam...
 
Kat sini dorang yang beli tiket,
Boleh borak-borak haaa dengan penjual tiket..
Suh bercerita lagi movie ni pasal ape, best ke tak, pelakon sape,
Kalau customer tu nak tau 3movie, tak haru nak beratur lama2.
Belum lagi, nak tengok seat macam mana..
Haiihhh..
Dalam 20minit dari rumah,
Kalau kat KL, 20minit dia jadi sejam haa..
Pukul 730mlm terus balik rumah,
Kan ada final Pahang lwn Kelantan..

Isnin pagi kitorang dah gerak balik KL,
Tapi singgah dulu Muar, pekena asam pedas Muar, Mee bandung Muar,
Pastu terus ke Melaka.. Singgah rumah arwah nenek jap..
Nama gedik ni Naning
Yang ni masa kat Tanjung Emas, Muar


Sempat lagi checkpoint kat Coconutshake Klebang..
Hari Isnin kan, takdelah ramai sangat..
Pukul 7pm baru sampai KL..
Giler tak rindu sigedik ni, kena tinggal 3hari kat rumah..
Ntah brapa banyak kawan dia ajak datang rumah tue...
P/s: Kitorang tak sempat nak makan "Mee Racun" dengan "Ceker" T.T

Wednesday, 6 November 2013

WW: Countdown... Tiktoktiktok

Semoga Allah permudahkan urusan kami, Amin....

Tengok HARI tu macam lama lagi, cer kalau kire bulan..

Tak lama pun...

Wednesday, 16 October 2013

Salam Aidiladha

Raya Aidiladha tahun ni macam spoil giler..
Rasa sedih sangat, sebab tak dapat merasa daging korban kat area rumah..
Ayah cite, yang lembu orang surau booking kat pembekal tu, 
Dia gi bagi lembu booking tu kat orang lain..
Haiihh. Apelah buat macam tu...

Kalau replace pun dengan lembu yang lain,
Tetap tak sama...

Macam biasa, pagi raya, 
Solat, then makan rendang, ketupat , pulut kuning..
Kalau area pantai timur meriah lah raya qorban ni..

Kite meriah masa raya aidilfitri..
Dalam pukul 12tghari,
Budak-budak sibuk duk tanya, tak gi mane2 ke..
Seboleh2 nak kluar juga,
Dapat window shopping kat mall jadi la..

Ntah macam mane,
Makcik aku ajak gi Cheras,
Ziarah adik ipar dia..
Elok dari 4org, terus jadi 10org..
Sapa2 tanya, nak gi mana.. JAWAPAN SAKIT HATI -- Nak ikot, siap je..
Tu yang tetiba ramai tu..

Dalam pukul 5ptg nak balik Sg buloh balik (rumah atok)
Then tetiba ada idea nak gi IKEA..


Gigih ko gi IKEA pakai baju kurung, jubah haaa..
Ingatkan kiteorang je.. Rupanya ramai yang wat macam tu..
Siap ada yang berbaju melayu..
Dari windowshoping terbeli plak 2-3 barang.
Then bawa dorang ni gi makan.

Pantang ada tempat kosong kat hiasan dalaman tu, 
Semua nya nak berhenti then tangkap gambar..
Bukan untuk simpanan, tapi saje dorang ni gatal nak send kat wechat nak bagi jeles sapa yang ikot tu..

Hari ni, dah mula keje..
Tu je la raya Qorban untuk tahun ni..
Macam tak rasa kemeriahan raya tu.. 
Dah nak hujung tahun dah ni..

 

Wednesday, 2 October 2013

Kisah Iman.. Wiwiwiwi

Haiihh, lama nau tak update ceritaa...
Bukan bz, tapi xde storymory nak share kan..
Atau malas nak taip neh? kehkehkeh

Iman dah masuk setahun 3bulan..
2minggu lepas, mulalah episod dia buat perangai..
Normallah, Jantan...
Dan pengalaman pertama bela kucing..

2hari tak balik rumah, bila panggil kat luar wat tak tahu je..
Paling panas bila dia saje je garu leher dia dan bunyikan loceng dia tu.. Haiihh.
Rupanya Iman gi cari buahatipengarangjantung dia..
Duk bising kat dewan belakang ni...

Balik rumah pun, bising juga nak keluar..
Isnin aritu baru dia ok sikit..
Back to normal.. 
Tido tepuk-tepuk, pukul 6pg baru jaga.
Kalau tak, pukul 1pg, 4pg, 6pg duk bising jeee..
Aku lak pening kepala kena bangun dan angkat dia letak balik tempat tido dia..

Dia anti dengan adik aku.. 
Kalau adik aku usik je telinga, dia bisinggg..
Makanan lauk kat rumah memang dia tak sentuh..

Aritu g downtown, 
Ada nampak kucing spesis Iman tapi bunting..
Baru nak sentuh kucing tu lari..
Haiihh, untung lahh sapa dapat baka dari Iman.. Kehkehkeh..

Ni lah dia pengarangjantung gedik Ayah aku..
Btw, jum like banyak2 kat gambar ni.. Hihi..