Kongsi Resepi

Friday 8 November 2013

Jalan Jalan Ke Johor

Sekian lama bekerja,
Ni la masa yang sesuai untuk bercuti..
Bercuti sambil melawat pak usu dan keluarga..
Kat Rengit, Batu Pahat..

Plan masa raya aidilfitri aritu..
Orang lain yang beriya nak pergi,
Orang lain yang dah sampai sana..

Family adikbadik ayah yang lain semua cancel last minit..
Ntah dorang tu, dorang yang beria sakan nak tido mana, g mana masa kat sana nanti..
Tup tup,
Diam je..
Kitorang gigihkan juga sebab pak usu selalu ajak datang rumah dia..
Asik dia je turun KL kan..
Masa pergi tu rasa jauhhh sangat, tapi bila balik,
Aik, dah sampai Melaka dah....
Walaupun masa perjalanan tu sama je..

Gi sana 3hari 2malam,
Aku amik cuti ari Isnin, panjang sikit lama cuti tu kan..
Merasa la juga buah mata kucing dari kebun pak usu..



Then g pekan gi kampung orang asli yang jual barang 2nd hand Singapore.
Pergh.. Banyak gileee peti ais, mesin basuh, tv, kusi kayu jati..
Tahan je niat ni nak beli semua tu.. Kitorang ada beli ironboard,
Kualiti baik, harga pun ok..
Hari Ahad tu,
Gi tengok laut.. barulah kenal apa itu Belangkas...
Then g coconut shake, kilang kerepek..

 
Borong tak agak kerepek tu..
Buat kunyah-kunyah kat opis nanti.. Hihihi..
Lepas makan tengahari,
Kazen ajak gi BP Mall,
Tengok Highland Tower,
Gigih haaa duduk depan sekali kitorang berEnam...
 
Kat sini dorang yang beli tiket,
Boleh borak-borak haaa dengan penjual tiket..
Suh bercerita lagi movie ni pasal ape, best ke tak, pelakon sape,
Kalau customer tu nak tau 3movie, tak haru nak beratur lama2.
Belum lagi, nak tengok seat macam mana..
Haiihhh..
Dalam 20minit dari rumah,
Kalau kat KL, 20minit dia jadi sejam haa..
Pukul 730mlm terus balik rumah,
Kan ada final Pahang lwn Kelantan..

Isnin pagi kitorang dah gerak balik KL,
Tapi singgah dulu Muar, pekena asam pedas Muar, Mee bandung Muar,
Pastu terus ke Melaka.. Singgah rumah arwah nenek jap..
Nama gedik ni Naning
Yang ni masa kat Tanjung Emas, Muar


Sempat lagi checkpoint kat Coconutshake Klebang..
Hari Isnin kan, takdelah ramai sangat..
Pukul 7pm baru sampai KL..
Giler tak rindu sigedik ni, kena tinggal 3hari kat rumah..
Ntah brapa banyak kawan dia ajak datang rumah tue...
P/s: Kitorang tak sempat nak makan "Mee Racun" dengan "Ceker" T.T

2 comments:

Mysara Ab Rahman said...

wah sronoknyer berjalan2

missmeraa said...

@mysara: lama tak bercuti dengan family..