Kongsi Resepi

Thursday, 8 November 2012

Korang Tak Suka Tapi "Tertipu"

Sapa dengar hot-chat pagi tadi kat "Hotfm"??
Tajuk die pasal "Apa benda yang korang tak suka/geli, tapi terkena juga?

Macam kisah FBI a.k.a  "Faizal Ismail", dia tak makan telur itik ataupun yang berkaitan dengan ITIK...
Ala yang telor masin tu..
Then 1 hari, ada masakan "telur" masak lemak..
Punyalah sedap dia makan,  masak lemak kannn...
Dah habis makan tu, kawan dia tegur,
Sedap ke?? Aah, sedap beb!
Kau tau tak telor yang kau makan ni telor itik!

#AKU PUN PERNAH JUGA KENA MACAM FBI NI!

Telor masim tu telor itik jugaaa...

Perghhh!!
Terus mati selera makan tu...
Hahahaha

Bila dengar hot-chat ni,
Teringat 1 kisah dengan si chenta-hati..

Chenta-hati ni tak makan ulam-ulam..
Terutamanya yang pahit-pahit macam petai & jering..
Aku pernahlah juga try amik secubit paling kecik nak rasa jering tu macam mana..
Sekali tu amek kau!! Kelat!!
Gosok gg 5,6 kali tak ilang kelat kat gg..
Minum air banyak2 pun tak ilang,
Tu 1st & last aku rasaaaa weii..

Inilah JERING

Berbalik pada kisah chenta-hati tu...
Emak aku ada masakkan daging masak kicap campur "kentang"
So aku bekalkanlah nasi & lauk masa nak g kelas dulu..
Then time lunch, sharelah makanan ni dengan dia..
Tengah syok2 makan, makanlah "kentang" tu sekali..
-- Eh,awak! Rangupnya "kentang" ni kaaann..
Selalunya lembik.. --

Then masa balik rumah,
Panaskan lauk tu balik untuk makan malam..
Aku pun ingat nak makan la "kentang" tu..
Bila nak amek salah satu "kentang" tu, aku terpandang sesuatu..
APAKAH??

OMG!!!
Jering keeeee niii..
Jering tua yang dah tak ada rasa kelat dia..
Acik tertipu.... tapi boleh terima lagiii..
Bila cerita balik kat chenta-hati...
Dia terdiam seribu bahasa..
Kata aku kenakan dia...


Lebih kurang macam ni laa.. Kan nampak macam kentang..
Hasil Pacik Google

Dari situ dia da fobia makan kentang yang ada dalam lauk sekali..
Lagi-lagi kalau aku bawa daripada rumah..
Dah dapat warning awal-awal,
Masa kawen, dalam makanan NO JERING mahupun PETAI!
Hahahahahaaha

Bila teringatkan balik, rasa lucu giler...

Kentang=Jering
Fobia beb!

Apple iPad mini Dilancarkan Secara Rasmi



Kelmarin, Apple telah melancarkan tablet terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu Apple iPad mini. Ianya hadir selepas iPad generasi ke-3 dilancarkan pada awal tahun 2012 yang lalu. Adakah tablet ini berbaloi untuk dimiliki? Mari kita lihat.

Spesifikasi Apple iPad mini

Tablet ini dikuasakan oleh pemproses Apple Dual-core A5, sama seperti yang terdapat pada iPad 2. Dengan RAM bersaiz 1GB, pasti ianya akan memberi kelancaran sewaktu menggunakan gajet ini nanti. Ianya juga menggunakan sistem operasi iOS 6 yang terkini.

Apple iPad mini dilengkapi dengan skrin LED bersaiz 7.9 inci dengan resolusi 1024 x 768 piksel (163 ppi). Tidak seperti iPad biasa, skrin pada iPad mini ini tidak mempunyai paparan Retina display.

Terdapat 3 pilihan saiz storan yang ditawarkan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB. Apple iPad mini dijual di dalam versi WiFi sahaja atau WiFi + Cellular (3G + 4G LTE).

Sama seperti Apple iPhone 5, iPad mini ini turut dilengkapi dengan port penyambungan Lightning. Untuk model WiFi + Cellular pula, ianya turut menyokong penggunaan kad Nano-SIM.

iPad mini dilengkapi dengan kamera belakang (iSight Camera) 5 Megapiksel yang juga turut mampu merakam video pada kualiti Full HD 1080p. Kamera hadapannya (Facetime HD Camera) pula berolusi 1.2 Megapiksel dan panggilan video boleh dibuat pada kualiti HD 720p.


Apple iPad mini ini mempunyai saiz yang berdimensi 200mm x 134.7 mm x 7.2mm (panjang x lebar x tebal). Saiz yang cukup selesa walau dipegang dengan sebelah tangan sekalipun. Dengan kerangka yang diperbuat dari aluminium, berat tablet ini pula hanya 308 gram untuk model WiFi dan 312 gram untuk model WiFi + Cellular. iPad mini akan dikuasakan oleh bateri lithium-polymer 4,490 mAh yang mampu bertahan sehingga 10 jam dengan penggunaan WiFi atau sehingga 9 jam dengan penggunaan Cellular.

iPad mini akan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu hitam (Black & Slate) dan putih (White & Silver).


Senarai penuh spesifikasi Apple iPad mini ini boleh didapati menerusi link berikut : http://www.apple.com/ipad-mini/specs/

Tarikh dan Harga iPad mini Dipasaran

Harga untuk model WiFi :
16GB – US$329 (sekitar RM1,010 di Malaysia)
32GB – US$429 (RM1,310)
64GB – US$529 (RM1,610)

Harga untuk model WiFi + Cellular :
16GB – US$459 (sekitar RM1,405 di Malaysia)
32GB – US$559 (RM1,710)
64GB – US$659 (RM2,010)

Apple iPad mini akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 2 November 2012 nanti. Belum ada pengumuman rasmi bilakah iPad mini ini akan dijual di Malaysia pula buat masa ini.

Dengan harga permulaan yang tidak kurang dari RM1,000, mungkin ianya tidak ‘mini’ seperti yang diharapkan oleh para peminat terutama untuk kita di Malaysia ini. Tetapi memandangkan ianya adalah produk Apple, saya pasti iPad mini ini tetap akan laris seperti pisang goring panas nanti. Setuju?





Finding Nemo 3D!



Yeaaaa.....!!!
Finding Nemo datang balik...!
Ni la cerita kartun yang ada pengajaran..
Semangat setia kawan, keluarga, saling membantu...
Dan juga jalan cerita yang menarik tentang kehidupan dalam laut..


Filem ni dah kluar masa tahun 2003..
9 tahun kemudian, keluar balik tapi dalam versi 3D!
Bestnyeee...
Kalau versi biasa pun dah lawa gambar dia, 
Ni kan plak kalau versi 3D, lagi lah macam betul2 rasa Nemo berenang-renang depan mata kite...
Hehehehe..

#Sila Klik Gambar
Masa mula-mula tengok cite ni,
Ingatkan Nemo ni tak wujud kat laut, 
Rupa-rupanya ada...
Paling senang pergi tengok kat Pet World, Mid Valley..
Dalam aquarium yang besar dalam kedai tu, 
Semua kawan-kawan Nemo ada dalam tue..

Wednesday, 7 November 2012

WW: Cameron Highlands

#Hakmilik sendiri!

Holiday di CH 2009

Nak pergi tempat ni lagi......