Kongsi Resepi

Friday, 22 June 2012

Mulianya Hati Dia



Mata Hairey teralih ke arah sekumpulan budak sekolah menengah yang sedang berkerumun asyik memandang ke lantai kaki lima hadapan kedai. 

Perasaan ingin tahu Hairey menebal. Dari riak wajah budak-budak yang baru mencapai akil baligh itu menunjukkan mereka memerhatikan sesuatu yang luar biasa. Hairey berjalan menuju ke arah kumpulan remaja tersebut. Alangkah terkejutnya Hairey apabila menyaksikan seekor kucing berwarna putih bertompok sedang berdarah. 

Lebih memilukan hatinya apabila dilihatnya kedua-dua kaki depan kucing itu kudung akibat dipotong!

“Eh... eh, dik, ni kenapa ni, dik?”

Hairey terus menggelabah apabila melihat kucing itu terbaring lemah. Berkali-kali kucing itu mengiau-ngiau seakan minta simpati.

“Tak tahulah bang, tadi ada seorang lelaki campak kucing ni. Waktu lelaki tu campak kucing ni dia kata kucing ni bawa sial kat kedai dia!” kata salah seorang remaja tersebut.

Mata Hairey tertumpu pada jasad kucing tersebut. Dari riak wajah kucing itu tergambar betapa rasa sakit dan perih malang yang menimpanya. Darah dari kedua-dua belah kakinya masih menitis. Berkali-kali kucing putih itu menelentang dan menguit-nguit kakinya yang sudah kudung. 

Mungkin kucing itu sedang menahan kesakitan, getus hati Hairey. Entah keparat mana yang berhati binatang sanggup melakukan perkara terkutuk sebegini... Ahh! Kejammmm! Kejammmmmm!

“Miauuu... Miauuu... Miauu!! Miauuuu... Miaaaaaauu! Miau! Miau!”

Kucing putih itu terus mengiau dan mengerang kesakitan. Badannya menggigil-gigil kesakitan. Matanya berkaca, memandang sekeliling dengan wajah yang begitu sayu. Kucing itu menoleh ke kanan kemudian mengiau. Kemudian menoleh pula ke kiri, mengiau lagi. Beberapa kali anak kucing itu tunduk ke lantai, kemudian mendongak dan mengiau-ngiau tanpa henti. 

Suaranya lemah dan bergetar. Mungkin dalam benak kucing itu sudah membayangkan malaikat maut sudah hampir dan bakal mencabut nyawanya sebentar lagi.

Jiwa Hairey bergelojak dibuatnya. Terbantut rasa haus apabila menyaksikan haiwan comel itu sedemikian rupa. Tanpa berfikir panjang Hairey segera mengambil jaket yang berada dalam raga motosikalnya. Hairey berjalan dengan hati sebak ke arah kucing yang masih berdarah itu. 

Dibentang jaket lusuhnya di sebelah haiwan berbulu halus itu. Perlahan-lahan Hairey memegang kucing yang sudah parah itu dan mengangkat tubuhnya dari belakang. Kucing putih mengiau-ngiau lagi. Makin lemah dan makin perlahan ngiaunya.

“Bismillah... Aku angkat kau ya kucing malang, jangan menangis lagi, hero tak menangis, kan? Tak apa, aku bawa kau jumpa doktor ya...”

Seakan memujuk, dengan perlahan Hairey mengangkat kucing putih itu dan diletakkan ke atas jaket lusuhnya. Tanpa disedari, matanya mula bergenang. Hairey terus mengangkat kucing malang itu dan terus memasukkan ke dalam raga motosikal. Sebaik menghidupkan enjin, hatinya terdetik lagi.

Baru dia teringat wang di dompetnya sedang nazak. Kalau dibawa kucing ini bertemu veterinar untuk dirawat, sudah pastinya khidmat doktor haiwan mesti dibayar. Dengan keadaan ekonominya yang serba terhimpit ini, duit yang berada dalam dompetnya tidak boleh dibelanjai sewenang-wenang.

Ya, Hairey tak kisah kalau tak makan sekalipun, tetapi andai kata esok lusa motosikalnya buat ragam, ataupun berlaku kecemasan, dengan siapa dia perlu minta bantuan? Ahh... dugaan... dugaan!

“Maafkan aku hero, aku bawa kau pulang saja ya? Tak apa, aku ada... aku akan jaga kau,” kata Hairey dengan air mata yang berlinangan. Dia terus menunggang motosikalnya menuju ke rumah.

Sebaik tiba di rumah, tanpa banyak bicara Hairey segera mencari botol kecil yang berisi minyak sapu berwarna hitam pekat dalam almari rumahnya. Hanya minyak hitam itu sahaja harapannya selain doa yang dipanjatkan kepada Allah agar kucing malang itu terus bernafas tanpa mengalami pendarahan teruk.

Hairey duduk menghadap kucing malang itu yang diletakkan di tengah rumah. Kucing itu masih menggigil kesakitan dan mengiau-ngiau dengan lemah. Hairey membuka tutup botol dan menuang minyak penawar hitam pekat itu ke atas tapak tangannya yang telah dikotori darah. 

Dengan lembut dia menyapu minyak berwarna hitam pekat dan melekit itu pada kaki kucing itu. Air matanya berlinangan lagi apabila melihat isi pada kaki haiwan malang itu.

“Mari sini aku sapukan minyak gamat pada kaki tu. Tahan ya sikit... Hero mesti tahan rasa sakit!” pujuk Hairey lagi. Selepas menyapu minyak, Hairey membersihkan badan kucing itu daripada darah.

Kemudian dia mengusap manja kucing yang baru dirawatnya tadi. Dibelai-belai bawah dagu, diusap-usap kepala kucing malang itu. Hairey terus merawat kucing itu dengan minyak berwarna hitam pekat dari sehari ke sehari.

Dia memberi kucing itu makan dan membelainya. Dari sehari ke sehari jugalah dia melihat perkembangan kaki kucing yang berdarah hinggalah lukanya kering dan berkuping, sehinggalah...


“HEROOOOOO!! Herooo!!!” 

Hairey terjerit-jerit memanggil Hero yang asyik menguit-nguit dan menjilat tubuhnya. Dikerling Hero dari hujung anak matanya.

Meskipun kedua-dua belah kaki Hero kudung tetapi kini dia sudah sembuh sepenuhnya dari tragedi malang yang menimpanya, enam tahun lalu. Hero kini bukan saja sudah sihat tetapi menjadi seekor binatang ajaib di dunia.

Biarpun Hero tanpa dua belah kaki tetapi dia dapat melompat dan berjalan serta bermain. Keletahnya menghiburkan Hairey sekeluarga. Kemudian Hairey terus memfokuskan penglihatan pada komputer ribanya. Diteliti satu-satu perkataan yang terbit dari skrin komputer ribanya.

Hairey tidak menyangka video yang dimuat naik ke dalam laman sesawang Youtube mendapat perhatian rakyat Malaysia. Lebih 200 ribu orang telah menonton sejak bulan Jun 2010 dengan tajuk ‘Kucing Dipotong Kaki Kerana Mencuri Ikan’. Korang boleh searh sendiri kat youtube kalau nak tengok...

Hairey, 32, atau lebih dikenali sebagai Papa Hero (PH) dalam blog kendaliannya iaitu kakimotong.blogspot.com merupakan individu mulia yang menyelamatkan kucing malang yang diberi nama sebagai Hero. Syabas, Hairey! Marilah kita semua lindungi kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. ini.. :)

Saturday, 16 June 2012

Happy Fathers Day, Ayah!


Tak ada apa yang istimewa untuk Hari Bapa tahun ni...
Just a bit surprise untuk Ayah...
Hadiah dari KL bawa ke Jengka, Pahang.
Sebab masa tu anta adik aku nak balik Uitm...

Sehari sebelum kejadian, ayah ada lah bagi hint..
"Haiiihh.. nak cari wallet baru la.. ni pun dah lama daa..."

Ayah bukannya minta,
tapi bagus juga ayah da bagi hint, sebab kiteorang adik beradik pening nak bagi apa untuk Hari Bapa nanti..
Jadi, memandangkan adik aku pun nak balik Uitm, jadi malam tue juga rushing ke Mid Valley, cari present...

Fuuuhh! Dapat juga present yang menepati citarasa Ayah..
Sebelum nak gerak balik ke KL, masa tu lah keluarkan surprise present untuk Ayah..


Sampaikan tak kasi lah mama tengok ayah dapat ape. Hahahaha...


#Sekali tu, ayah berpaling tmpt laen sebab taknak kasi mama tengok!


Selamat Hari Bapa
Moga dipanjangkan umur, 
murah rezeki,
diberikan kesihatan yang baik.
Terima kasih atas kasih-sayang yang diberikan dan juga menjadi sumber kewangan akak masa di alam presekolahan sampai tercapainya segenggam ijazah.
------------------------------------------------------

Dear dad,


I may love a lot of man in the future, someday I'll get married to someone out there. But in the end let me remind you that, no matter what happen, you'll always be the best guy for me. I love you 'till forever ends :)

Lots of love,

Me
 :')

Thursday, 14 June 2012

Happy Birthday, dear!

4-JUNE-2012

Memandangkan 4-June-2012 hari Isnin dan juga hari bekerja, maka, surprise celebration birthday untuk chenta -ati dibuat awal sehari a.k.a awal 3jam sebelum pukul 12tgh malam. Ni pun perancangan last minite dengan f-MIL. Asalnya nak surprisekan dengan kek, last-last tukar plan, makan beger tower a.k.a 10 tingkat burger grill. Bertempat di Lava Grill Burger, Serdang.

Chenta-hari asik duk tanya jumpa dia ke tak, aku denykan, cakap tak dapat jumpa sebab kena hantar adik balik Shah Alam, sedangkan dah nak masuk tol SERDANG dah. Majuk letewww....

Family dia da sampai dulu, so, bila aku sampai, dia tak perasan lagi, terpaksa parking kereta jauh sikit, dan sembunyi-sembunyi sikit sebelum terkantoi.

Then, buat-buat beratur konon nak order burger, tak sampai 1minit beratur, maybe die ingat ada customer nak order, dia dah perasan dan terkejut. Hehehehe. Aku terus jumpa family dia, lepak-lepak, minum makan bagai, then mama dia dah bagi hint kata burger tower dah siap, so, aku kena lah buat-buat borak dan alihkan pandangan dia dari burger tuh. Cerita ntah apa-apa je, sampailah babah dia bagi hint suh gi makan. Aku pun ajak lah g makan, then sampai ke meja... 

SURPRISEEEE!!!! 

#10 tingkat, so dapat la merasa sorang 1

Burger tower bersama dengan lilin putih yang had letak kat rumah bila black-out tuh. 1st time celebrate birthday dengan burger. Hehehehe..



Dah makan semua, aku terpaksa minta diri dulu sebab nak anta adik aku balik Shah Alam.

#Celebrate 1 slice red-velvet cake, Alamanda.

Awak,
Happy Birthday!
Moga dimurahkan rezeki selalu dan
Dipermudahkan segalanya apa yang diimpikan selama ni.


--> Lava Grill Burger - Entry Lain

Dah Boleh Buat IC Dah!

Arini plak, birthday adik aku yang si bongsu. Entry akhir bercerita pasal birthday. Yelah, 3hari berturut-turut dengan birthday dorang je.. Huhu..

5hari sebelum birthday Aiman, maksu sekeluarga dah bawa dia tido hotel kat Palace of Golden Horses, Sri Kembangan. Kemain eh, 3hari 2malam kat sana. Aku pun tumpang sekali tapi untuk 1 malam je la.











Sehari lepas harijadi dia, semangat bangun pagi-pagi nak pergi buat IC. Sempat bagitahu nak pakai baju ape, senyum macam mana sebelum aku pergi kerja. Balik dari kerja, terus pergi MidValley, belikan hadiah. Belikan 1set perfume+bodyspray Adidas dan belanja makan.. Apa tak nya, sebulan seelum harijadi dia, dia da survey & request nak apa. So, belikan je lah... 

Selamat Hari Jadi...
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Goodluck for UPSR 2012!