Kongsi Resepi

Tuesday, 19 September 2017

Buku ASNB Dah Boleh Simpan Buat Kenangan

Genap umur anak 1tahun 5bulan aritu,
Aku pegi ASNB untuk update buku ASB aku, anak dan suami.

Pada masa yang sama, aku minta borang kat kaunter nombor tu untuk macam mana nak daftarkan dalam portal.
Maksudnya takpayah pergi kaunter untuk update statement dalam buku.
Pape cek je dalam portal myASNB kan.

Dan baru aku tahu, sekarang tak yah gunakan buku ASB (termasuk anak aku -- ASB Remaja Ting Ting) bila nak masukkan duit and update buku.

Just bagi IC dan borang pelaburan je. 
So, dalam borang pelaburan tu lah, akan ada maklumkan baki semasa. 

Buku ASB tu? Hmm..
Katanya simpan dediam kat rumah. 
Pendek kata, setiap salinan borang pelaburan kita tu, 
Kita update je lah sendiri dalam buku ASB. 
Tulis sendiri....

System kemaskini dalam buku dah takde.
Tak syok plak kalau ikotkan, 
Takleh tengok duit keluar masuk... kehkehkeh..

Untuk Portal tu,
Korang isi borang, then pergi ke kaunter ASNB,
Bagi IC dan borang yang dah di isi tu,
Dorang akan updatekan maklumat terutamanya no. telefon untuk request TAC No. nanti.
Lepas tu, minta pengesahan cap jari, then korang akan dapat statement terkini baki semasa.

Pastikan korang dapat tau statement baki terkini.
Then, buka portal myASNB
> Daftar Sini (untuk kali pertama login)
> Klik Teruskan dan ikut langkah seterusnya.

Lepas tu,
korang akan masuk ke page Maklumat Pemegang Unit,
Iaitu masukkan semua maklumat yang dikehendaki.

Dah selesai semua termasuk dapat notification kat emel,
Boleh lah terus Log In.

Portal ni bukan setakat nak tengok statement je, 
Tapi boleh juga masukkan duit dari Bank yang ada duit gaji tu, 
Terus ke sini.

Ala, macam Maybank2u ke Tabung Haji, ke ASNB etc..

So, buku ASB tu, boleh la korang simpan buat kenangan ye..

LUPA!
Untuk anak, macam parents kan penjaga,
Acc anak tak leh register dalam portal.
Anak masih gunakan cara manual -- kena pergi ke kaunter dan minta statement acc anak.

BUKU?
Tetap tak pakai dah. Simpan je lah..






Thursday, 14 September 2017

Im Back!

Assalamualaikum semua..
Setelah sekian lama mendiamkan diri dari dunia blogging,
masa ni la baru free.

Bz dengan kehidupan baru..
Kerja, keluarga baru..
Layan kerenah anak, walaupun penat, bila tengok wajak anak syurga tengah tido, hilang segala penat, stress kat tempat kerja.

Bila nak buat cerita baru kat blog ni, dan dan la anak dah bangun.
Niat di hati nak buat lepas anak tido malam, last last, dengan kite-kite tertido sekali.

Bila baca balik cerita-cerita yang pernah share dalam blog ni, rasa macam lucu..
Betul ke apa yang aku tulis ni...? kehkehkeh..

Hari ni, 14.September.2017,
Malaysia dikejutkan dengan berita Pusat Tahfiz terbakar di Jalan Dato Keramat.
Allahu.. Anak-anak syurga.. InshaAllah..

Bila da jadi seorang ibu ni, naluri tu rasa lain je.
Ntah kenapa masa tengah tengok anak tido tadi, tetiba fikiran ni melayang teringat video dimana semasa api tengah marak, kedengaran suara anak-anak syurga menjerit meminta tolong.

Paling kecik, umur 7 tahun.
Bila pandang wajah anak sendiri yang tengah tido, taktahu kenapa emosi tetiba.
Tu baru yang duk asrama yang ada ibu bapa.

Yang had anak yatim -- duk dirumah anak yatim..
Umur baye-baye anak -- setahun lebih. Kita ni boleh la layan kerenah dia, tengok dia setiap masa.
Yang duk di rumah anak yatim tu, bukannya boleh hadap 24jam. Kasih sayang pun share-share.
Berdikari..

Emosi tetiba.
Allahu... Apatah lagi anak-anak syurga yang terperangkap dalam kebakaran di Tahfiz tersebut..
Berlari ke bucu bilik untuk selamatkan diri..

Haiiihh...
Syurga tempat mu, wahai anak-anak.




Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Friday, 13 March 2015

Throwback -- Harijadi Sebelum Tukar Status

Throwback --
Tahun 2014 punya cerita. Hihi..
Dari rugi taip panjang2 pastu simpan macam tu je dalam draft, baik publishkannn..
 Lepas bertunang, blog ni aku biarkan bersawang macam tu je.. Rasa rugi kalau stop kan...

---------

Birthday kitorang selang sebulan je.. Memang ngam-ngam je sebelum ikat tali pertunangan..
So, modal utk birthday tahun ni, kitorang dah laburkan ke majlis pertunangan. Hihi..

Jadinya, kitorang pergi makan-makan je...
Birthday aku -- 8Mei, hari bekerja, tahun lepas ada delivery bunga kat ofis,
Nak cuti memang boleh, tapi dalam intranet portal ofis, ada kluar nama saya sambut lahir hari ni. 

Lepas balik kerja, baru jumpa chentahati.. Pegi MidValley je, makan kat Colisuem Cafe & Grillroom, rasanya baru buka, bersebelahan dengan TonyRomas tak salah, kat LowerGround Floor. 

Colisuem Cafe ni mainplace dia kat Jalan TAR tu, depan Kamdar. Harga standard je.. Sama macam Chilis, Tony, TGi.. 

Lepas dah dinner kat situ, gi makan kek kat SR plak. Hihi.. Lepak je situ sampai mall tutup. 

4hari sebelum majlis, 4 Jun, harijadi chentahati plak. Dia gelarkan diri dia -- KING. 
Sooo, aku kenalah layan kerenah dia. Hadiah? Takde..
So, belanja sarapan, tengok double movie, desert, dan dinner. Dasyat nana hang punya harijadiii!!

Tu last jumpa sebagai status bujang. Hihi.. Tahun depan dah boleh bercuti mana-mana...


Saturday, 28 June 2014

Farewell Dan Makan Tengahari

Projek kat PNB dah close deal, so, team kitorang kena balik ke HQ. Sebelum sume kene transfer ke projek lain termasuk aku yang akan resign, bos ajak pergi lunch sebelum nak puasa ni.

Lastday sebelum balik HQ
So, bos decide nak makan kat Kenny Rogers, Aeon AU2. Team kitorang 14 orang je umpama reunion.
Kejap je dah setahun setengah dengan dorang. Masa kat PNB dulu, macam-macam aku belajar. Sampaikan kerja hari weekend lah.

Kitorang ada 5perempuan dan selebihnya lelaki. So nak cuci mata, harapanlah! Sebab sumenye bapak2 orang, bak kata Kak Hai, nak jadi no.1 takde, yang ada no.2,3 dengan 4 je tinggal. Hihihihi

 

Tu dulu, skang tinggal 3 perempuan dan 7 lelaki. Kalau aku sorang je, then dak laki yang lain nak kluar gi minum/breakfeast, aku ikot!! Tak berani aku tinggal sorang2. Sebab tempat kitorang duduk ni, bangunan ni dah kosong dalam setahun lebih. Yang had ramai orang, bangunan lagi 1.

Aku menghitung hari last day kat sini. Skang ni dalam 2 minggu, duk pergi balik kerja, sampai ofis, surf internet je. Yang kena block, mediasocial, nasibbaik blogspot dorang tak blok.

  
Farewell sebelum dorang pergi projek lain. Ada yang nak resign -- aku lah tu. Hihi 





Friday, 27 June 2014

Review E-Day - Mini Pelamin

Tak sangka pulak, team mini pelamin ni area umah aku je. Selama deal ngan kak mira ni, aku tak pernah tanya dia duk mana, yang aku ingat, dia duk area Lembah Klang/Jln Klang Lama..

Bila dorang datang nak pasang mini pelamin malam Jumaat tu, baru kenal salah sorang bakal adik ipar dia, rupanya dorang duk area taman berdekatan. Hihi.. 



Tetiap hari aku duk survey mini pelamin kat group FB. Tanya tarikh, compare harga dengan barang yang dorang bagi, tuptup aku amik Little Lily Creation a.k.a kak Mira. Aku siap bagi ukuran tempat nak letak mini pelamin tu berapa kaki lebar, muat ke tak, tinggi boleh adjust ke tak backdrop tu, ada setengah team mini pelamin, fix tau backdrop tu, tak boleh adjust. Terima kasih lah sebab layan kerenah aku yang cerewet ni. 



Ikotkan, Chandelier Stand (Lampu Stand) tu aku tak dapat, walaupun dalam gambar yang dia bagi, ada benda tu, sebab katanya lampu tu pecah. Agak frust lah, tapi kite deal cara baik, request dengan benda lain, nak dijadikan rezeki, malam Khamis tu, kak Mira mesej, tanya nak tak Chandelier Stand tu sebab dia dah dapat yang baru, ofcosss lah naakk kann.. Alhamdulillah, rezeki. Dapat juga design yang nak sebelum ni. Aku pun tak expect yang tema mini pelamin warna purple. Sebelum ni, tak terfikirkan warna ape, sebab aku ni kadang2 berubah2 keputusan. Tu yang seriyau sikit.


  

Sarung cincin pun belum, tapi dah dok bergosip dengan fMIL. hehe

Kenapa aku amik MUA lain, mini pelamin lain? Sebabnya adalah BAJET. Tak semestinya yang mahal tu nampak lawa. Pandai-pandailah kite deal dengan vendor. Aku nak simple tapi naik seri mini pelamin tu. Alhamdulillah, puas hati sangat-sangat. Bagi aku, puas hati. Tapi tulah, lain orang lain cara. Mama suh booking dorang untuk majlis Khatam Quran hujung tahun ni.

Wednesday, 25 June 2014

Review E-Day -- Persiapan

Salam korang..
Lagi beberapa hari je nak puasaaaa. Kejap tul masa berjalan.
Dan juga lagi 6bulan nak tukar status Puan. hihi

Alhamdulillah, tanggal 7Jun2014, selamat menjadi tunang kepada ex-boyfriend -- kan da tukar status engagement.

Segala persiapan, parents yang sediakan. Aku hanya prepare untuk barang hantaran, baju dan persiapan diri. Terimakasih atas rezeki yang tak putus2. Jiran2 ada sedekahkan barang-barang mentah, sedara ada yang hadiahkan makanan untuk hantaran.

Mini pelamin dipasang malam Jumaat.
Survey bunga kat Floristika Bangsar

Pagi Sabtu, maksedara tengah deco pulut kuning untuk bagi pihak lelaki.

Ada juga yang tanya berapa total cost untuk majlis bertunang. Lain org lain bajet nye. Untuk bertunang, kitorg hanya bagi makanan termasuk 1 dulang baju melayu dan kain pasang untuk nikah nanti. Dari secara kasar, dari aku sendiri -- total RM1.5k termasuk persiapan hantaran(kek, buah, coklat etc) termasuk bahan2 nak deco hantaran, baju, accs, mekap mak andam dan mini pelamin.

Botol besar tu, mama yang belikan.

Untuk makanan dan goodybag -- 100% dari parents sendiri termasuk sewa khemah dan kerusi. Terimakasih mama dan ayah. Orang kate better amik catering senang, tapi ikot pndapat masing2. Kitorg buat gotong royong. Terimakasih juga kat ank sedara mama yang sponser tempat letak lauk -- tray catering yang macam kat kenduri kawen tu.

Mama sponser -- air mineral, kurma, kuih,cupcake redvelvet, wajik.


Kuih dari jiran dan sedara.
Khemah -- ayah sponser.
Preparation buat dalam masa sebulan. Balik keje, kemas umah sikit sikit, cat umah, packing goody bag sikitsikit. Macam tak percaya lagi 6bulan jee nak kawin. Aku start nerves pukul 8pagi hari yang sama masa tengok dorang siapkan sirih junjung.  Then bila pihak laki call kate lagi 5minit nak sampai, sume klang kabut lagilagi bila dengar rombongan dorang masuk rumah. Masa dalam bilik, nak practice macam mana nak duduk atas mini plamin pun tak dan. Hihi. Rasa macam angan-angan je ape yang dah jadi tempoh hari.

Sirih junjung pagipagi dah buat lepas beli bunga hidup kat CM.

Thursday, 8 May 2014

8 Mei 2014

Alhamdulillah,
Diberi nikmat sehingga saat ini, diberi kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki yang tak pernah putus dan juga tak dijangka.

Tahun akhir status single.. hihi..
Tahun depan dah boleh pergi bercuti a.k.a honeymoon. -- cheewahh..
InshaALLAH..

Dan jugaa...
Seperti biasa, da sampai office, on pc, cek email dan buka google.
Sambil nak tunggu loading, belek la hp sat.
Bila mainpage google da appear, terus ada icon kek.
Eh, arini ada anniversary ape...?

Bila letak mouse kat page tu, terus appear Happy Birthday, Noor Amira.
Wahh gitu..


Tapi kalau korang buka google arini, x appear la kat mainpage google kat pc korang tu. hihi..
Bila korang log in email je, baru lah google dapat detect birthday korang. Kalau korang bagi tarikh lahir lah.

Hihi..

Harini, free call.
Harini dan juga harihari, umpama hari Jumaat.
Sebab, projek dah habis kat site. Rehat pukul 11.30-2.30. kehkehkeh,,
Harini, hari senyum jee...
Harini, jumpa chenta hati balik karang. wiiiiiii


Thursday, 3 April 2014

Babynyaw Sedang Membesar...

D.O.B :: 1.2.2014 
1.3.2014 
1.4.2014 

Happy birthday 2month years old babybaby

Cepatnye da besar...

BTW, 2bulan juga Iman dah tak balik umah..Huhu

Nampaknya port lepak dia dah makin sempit.. 
Hihi...

Tuesday, 4 March 2014

Kawan-kawan Iman

#throwback#
#citetahunlepas#


Lamanaw tak update story..
Dalam 3minggu ni kena siapkan report DR (Disaster Recovery)
Aku tak bz pun, cuma tunggu report dari team lain siap, and aku just emelkan je kat user.
Wiwiwiwiwiwi...

Rasanya dah lama tak update cite Iman..
Lately ni ramai betul dia ajak kawan dia datang rumah..
Datang untuk makan, then keluar balik.
Ada yang tumpang tido petang...
Tapi bagus kawan-kawan dia ni..
Kalau nak membuang, terus gi toilet..
Takpelah, share rezekikan Iman..

Dorang ni, masuk ikot tingkat, kluar ikot pintu..
Lagi-lagi sikecik ni.. kiteorang panggil dia Adik..
Dia ni spesis anak kucing..

Masuk ikot tingkat, macam mana ntah dia panjat, mungkin ikot gate kat belakang rumah tu..
Tapi nak kluar tak reti..
Kalau nak keluar tue, adik ni bagi hint, dia akan pergi tingkap..
Masa tu lah aku buka kan pintu.. Terus mencicit keluar..
Ni lah ADIK..
Ada sekor ni, 
Kiteorang panggil dia Panjang, sebab ekor dia panjang..
Dia masuk ikot jalan sama, ikot tingkap/gate belakang rumah..
Ayah bagi dia makan je.. Dah abis makan, terus letak luar..
Iman dengan si Panjang, tu pun berhati2 tengok siPanjang tido atas katil Iman.

Yang kerap kitorang bagi tumpang rumah, sikecik tu je la..
Tu la kawan gaduh Iman.. Tapi tak officially jaga la.. 
Bila aku duk kat tingkap panggil Iman balik, 
Adik ni pun sebuk juga gi kat tingkap terjenguk-jenguk kepala dia..
"Ada nampak Abang tak??! Ada??!"



Kadang-kadang lucu je tengok dorang ni... 
Iman selalu lepas kat area bumbung tingkap..
Aku tak tahu macam mana Adik ni boleh panjat sampai atas tu..
Bila turun tu, dah tak tentu arah,
Tup tup dia turun ikot langsir.
Pautlah kuku dia tu kat langsir.. Kemain..

Dorang ni kalau PAKSA dekat, dorang gaduh. Kalau biarkan je, dorang boleh ngam.
Ni cuti lama ni nanti, 
Deepavali ngan awal muharam,
Aku 1 family tak de kat KL..
Tak tahu lah macam mana kat rumah ni nanti..

Kalau tang makan, Adik selalu amek makanan Iman.. Sebab Iman makan sopan santun...

Budak ni kalau tido sepah-sepah.. Kejap sini, pastu sat lagi atas kerusi..

TAPI SEKARANG, NAK DEKAT 2BULAN IMAN TAK BALIK RUMAH T.T

Tapi orang kata, patah tumbuh hilang berganti,
Memang ralat tapiii... nanti aku update kat entry baru.

Iman kat mana skang ni??!!

Thursday, 5 December 2013

Bila Iman Naik Kereta

Mood: #throwback

Ni cite awal bulan lepas.. 
Skang baru nak update..
Aritu nak anta adik gi keje,
Keje hari sabtu -- halfdaykan..

So alang-alang aku dah bangun pagi,
Aku bawa Iman sekali..Kehkehkeh..
Asik duk umah and main kat padang je kann..

Iman kalau masuk dalam kete,
Dia macam pening sikit..
Tak keruan, mungkin sebab dia jarang main kat luar kawasan kot..

Kalau kereta bergerak, dia mulalah bising..
Tu pun aku panggil duk kat riba masa tengah drive ni, baru diam..
Bila adik aku nak amik, dia taknak..

Kalau kat trafficlight plak, 
Suka sangat berdiri kat tingkap tu tunjukkan muka kt kete sebelah..
Rasa macam anjing dah.. hahahhaha..

Tapi elok je sampai umah, 
Terus lompat masuk bilik, makan, tidoooo.. Amboii Iman..
Macam manalah kalau perjalanan jauh -- kalau bawa balik kampung ni..
Perjalanan dekat pun kadang-kadang kesian tengok dia...