Kongsi Resepi

Wednesday 25 June 2014

Review E-Day -- Persiapan

Salam korang..
Lagi beberapa hari je nak puasaaaa. Kejap tul masa berjalan.
Dan juga lagi 6bulan nak tukar status Puan. hihi

Alhamdulillah, tanggal 7Jun2014, selamat menjadi tunang kepada ex-boyfriend -- kan da tukar status engagement.

Segala persiapan, parents yang sediakan. Aku hanya prepare untuk barang hantaran, baju dan persiapan diri. Terimakasih atas rezeki yang tak putus2. Jiran2 ada sedekahkan barang-barang mentah, sedara ada yang hadiahkan makanan untuk hantaran.

Mini pelamin dipasang malam Jumaat.
Survey bunga kat Floristika Bangsar

Pagi Sabtu, maksedara tengah deco pulut kuning untuk bagi pihak lelaki.

Ada juga yang tanya berapa total cost untuk majlis bertunang. Lain org lain bajet nye. Untuk bertunang, kitorg hanya bagi makanan termasuk 1 dulang baju melayu dan kain pasang untuk nikah nanti. Dari secara kasar, dari aku sendiri -- total RM1.5k termasuk persiapan hantaran(kek, buah, coklat etc) termasuk bahan2 nak deco hantaran, baju, accs, mekap mak andam dan mini pelamin.

Botol besar tu, mama yang belikan.

Untuk makanan dan goodybag -- 100% dari parents sendiri termasuk sewa khemah dan kerusi. Terimakasih mama dan ayah. Orang kate better amik catering senang, tapi ikot pndapat masing2. Kitorg buat gotong royong. Terimakasih juga kat ank sedara mama yang sponser tempat letak lauk -- tray catering yang macam kat kenduri kawen tu.

Mama sponser -- air mineral, kurma, kuih,cupcake redvelvet, wajik.


Kuih dari jiran dan sedara.
Khemah -- ayah sponser.
Preparation buat dalam masa sebulan. Balik keje, kemas umah sikit sikit, cat umah, packing goody bag sikitsikit. Macam tak percaya lagi 6bulan jee nak kawin. Aku start nerves pukul 8pagi hari yang sama masa tengok dorang siapkan sirih junjung.  Then bila pihak laki call kate lagi 5minit nak sampai, sume klang kabut lagilagi bila dengar rombongan dorang masuk rumah. Masa dalam bilik, nak practice macam mana nak duduk atas mini plamin pun tak dan. Hihi. Rasa macam angan-angan je ape yang dah jadi tempoh hari.

Sirih junjung pagipagi dah buat lepas beli bunga hidup kat CM.

No comments: