Kongsi Resepi

Friday 27 June 2014

Review E-Day - Mini Pelamin

Tak sangka pulak, team mini pelamin ni area umah aku je. Selama deal ngan kak mira ni, aku tak pernah tanya dia duk mana, yang aku ingat, dia duk area Lembah Klang/Jln Klang Lama..

Bila dorang datang nak pasang mini pelamin malam Jumaat tu, baru kenal salah sorang bakal adik ipar dia, rupanya dorang duk area taman berdekatan. Hihi.. 



Tetiap hari aku duk survey mini pelamin kat group FB. Tanya tarikh, compare harga dengan barang yang dorang bagi, tuptup aku amik Little Lily Creation a.k.a kak Mira. Aku siap bagi ukuran tempat nak letak mini pelamin tu berapa kaki lebar, muat ke tak, tinggi boleh adjust ke tak backdrop tu, ada setengah team mini pelamin, fix tau backdrop tu, tak boleh adjust. Terima kasih lah sebab layan kerenah aku yang cerewet ni. 



Ikotkan, Chandelier Stand (Lampu Stand) tu aku tak dapat, walaupun dalam gambar yang dia bagi, ada benda tu, sebab katanya lampu tu pecah. Agak frust lah, tapi kite deal cara baik, request dengan benda lain, nak dijadikan rezeki, malam Khamis tu, kak Mira mesej, tanya nak tak Chandelier Stand tu sebab dia dah dapat yang baru, ofcosss lah naakk kann.. Alhamdulillah, rezeki. Dapat juga design yang nak sebelum ni. Aku pun tak expect yang tema mini pelamin warna purple. Sebelum ni, tak terfikirkan warna ape, sebab aku ni kadang2 berubah2 keputusan. Tu yang seriyau sikit.


  

Sarung cincin pun belum, tapi dah dok bergosip dengan fMIL. hehe

Kenapa aku amik MUA lain, mini pelamin lain? Sebabnya adalah BAJET. Tak semestinya yang mahal tu nampak lawa. Pandai-pandailah kite deal dengan vendor. Aku nak simple tapi naik seri mini pelamin tu. Alhamdulillah, puas hati sangat-sangat. Bagi aku, puas hati. Tapi tulah, lain orang lain cara. Mama suh booking dorang untuk majlis Khatam Quran hujung tahun ni.

No comments: