Kongsi Resepi

Thursday 28 June 2012

Taman Tema Mimaland


Gambar sekitar tahun 1970-an menunjukkan kawasan yang pernah menjadi tumpuan pelancong. 


SEBELUM kemunculan Resort World Genting, Sunway Lagoon, Gambang Waterpark dan Lost World of Tambun, Malaysia pernah memiliki sebuah taman tema yang cukup popular sekitar tahun 1980-an.

Bagaimanapun peredaran zaman banyak memisahkan kisah kegemilangan taman tema yang dibina dengan kos RM25 juta itu dengan apa yang ada sekarang. Mimaland nie sebenarnya satu pusat rekreasi paling popular pada tahun 1971, tempat tumpuan orang ramai untuk melepaskan tekanan dan bersantai bersama keluarga.

Remaja zaman sekarang tak tahu, Mimaland yang terletak di Gombak suatu ketika dulu sangat popular. Kiranya macam Sunway Lagoon zaman 80-an. Tak percaya cuba tanya mak pak korang, mesti tahu pasal Mimaland ni. Tak kurang juga mesti tempat mak pak korang dulu dating. Hehehe.. Jom kita selongkar kenangan silam Mimaland 1971-1994 dan misteri Mimaland 2011.






Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land, kawasan seluas lebih kurang 300 ekar terletak di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur dibuat secara beberapa peringkat dan dibuka secara berperingkat.Pembukaan peringkat pertama pada tahun 1970 mengandungi 24 buah motel, 5 buah chalet, sebuah kolam renang, dan taman haiwan prasejarah yang dipenuhi replika dinasour bersaiz besar.

Disini juga terdapat tempat penginapan yang dinamakan Bagan yang dibina didalam tasik dan motel.
Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12 malam. Tiket masuk yang dikenakan ialah RM2.00 bagi orang dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak.

Murah berganda-ganda dari SL.. hehehe






Gambar bersama orang Koi, era 80-an dulu. Ko ado?? 

Ada banyak lagi, click SINI
-------------------------------------------------
Pada tahun 1984 Mimaland telah memperkenalkan pula satu lagi daya tarikan iaitu dengan membina satu kolam renang yang pada waktu itu dinobatkan sebagai kolam renang terbesar dengan papan luncur air gergasi yang terpanjang di Asia Tenggara. Selain itu Mimaland juga membuka sebuah tasik untuk aktiviti bersampan, memancing, kawasan 'Giant Maze' dan juga kawasan merentas rimba. 





TRAGEDI

Setelah lebih 28 tahun Mimaland menceriakan kehidupan ribuan orang, satu kejadian yang tidak diingini berlaku iaitu pada tahun 1993, dimana satu kemalangan yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun dikatakan akibat lemas berlaku dikawasan kolam renang dan papan luncur. Kejadian ini mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan kolam renang dan papan luncur untuk kerja-kerja pemambahbaikan. 




Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama berpunca daripada kejadian tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang, dan sekali lagi kawasan itu ditutup dari orang ramai, dan ada yang mengatakan kejadian tanah runtuh ini berlaku akibat dari proses penambahbaikan pihak Mimaland sejak kematian warganegara Singapura. Kawasan tasik juga tidak terkecuali, air yang jernih berubah menjadi warna coklat.
Sebelum kejadian....
Selepas kejadian....
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak agensi kerajaan diatas beberapa kesalahan antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan yang menyebabkan beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut, pihak mahkamah menghalang pihak Mimaland dari meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, pada tahun 1994 pihak Mimaland akhirnya terpaksa membuat kata putus menutup Mimaland buat selama-lamanya. 


MIMALAND KINI 

Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..

..tetapi kini pintu masuk ke alam angker 

Suatu ketika dahulu merupakan ofis taman rekrasi

Basikal air kini tinggal kenangan


Van company 


Dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas



Sekarang kawasan Mimaland telah ditutup sepenuhnya dan kerja-kerja mengali tanah dijalankan 
(untuk projek apa tak pasti) dan tanah nie dah dijual. Ada sesiapa nak beli?? Ada yang kata tempat nie berhantu, yang tu tak pasti tapi kalau dah tempat lama ditinggalkan tak mustahil lah kan. 





Jalan utama yg sentiasa sibuk kini dah bertukar menjadi sunyi dan sepi. 


Nie lah rupa pintu masuk dia sebelum pintu utamanya


Ntahla. rasanya sunway lagoon pun xleh lawan kot. mungkin sebab mimaland ni murah dan mencabar sikit. Sayang tempat ni dah tutup...


Info tambahan :
  • Mimaland juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filemTuan Besar (1980), Mekanik (1983), Gila-gila Remaja (1986), dan Tempo 88 (1987)
  • Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation
  • Genting sehingga kini berhasrat untuk membeli kawasan Mimaland tetapi tidak mahu dijual nya oleh Magnum.
  • Pihak Magnum masih lagi menjaga Mimaland sebagai satu property mereka kerana 4 pengawal telah diletakkan untuk mengawal 24 jam dan dibekalkan dgn 4 ekor anjing pemburu.
  • Pagar telah didirikan kerana untuk mengelakkan org awam mencerobohi kawasan mereka. Kerana mereka tidak mahu cerita-cerita negatif tentang Mimaland dibawa dari mulut ke mulut.
  • Ramai pihak yg terkena tempias dari kesan penutupan Mimaland terutama penduduk setempat.


Kenangan Mimaland

Kreditr:
Fotopages - Mimaland 2006
Arkib Negara
Pakcik Google

Sekarang nie pun, ramai dah wat "seekers" kat Mimaland...

2 comments:

Ayue Rejaluddin said...

Ini tempat dating zaman mak bapak kita ni.......
Kalau tengok cite Sharifah Aini, banyak kat sini......
Guling2 siap...
Hikhikhik...=D

missmeraa said...

@AyueJean --> ingtkan genting je tmpt kite, dorang pun ada juga eh.. diam diam dating kt tmpt dinasour.. kelas gituu...