Kongsi Resepi

Friday, 30 August 2013

Petang Di Ambang Merdeka 2013

Mesti ramai arini buat majlis Merdeka Raya kann..
Makan, makan, makan..
Hari ni adik sekolah aku,
Tempat keje aku minggu depan baru ada majlis..
Minggu ni, kalau naik turun lift je,
Mesti terserempak ngan staff department lain yang buat "open department"..

Esok dah 31Ogos..
Dah 56tahun kite merdeka dan hidup aman damai..

Cuaca petang ni hujan jee..
Kalau zaman belia remaja dulu, 
Bestlah celebrate malam merdeka..
Tengok bungapi haa..

Tapi sekarang disebabkan faktor umur,
Tengok kat rumah lahh..
Ntahlah, aku rasa nak tengok live esok kat Dataran..
Kena bangun pagi-pagi..
Nak rasa kemeriahan hari merdeka esok..

Btw,
Selamat Hari Merdeka,
Malaysiaku Berdaulat,
Tanah Tumpahnya Darahku..



Dan juga, 
Minggu depan minggu terakhir openhouse n minggu terakhir dalam bulan Syawal.
Selamat pengantin baru kepada Maya and Shah (officemate) yang bernikah petang ni..
Wiwiwiwiwiwi..
v.^_^

Friday, 23 August 2013

Kisah Yang Terjadi Sebelum Tragedi - ( Cerita dari Mangsa) #GentingHighlands

Anggota PUSPAKOM, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Unit Forensik melakukan siasatan di bahagian badan bas yang terjunam ke dalam gaung sebelum operasi menaikkan bangkai bas di Genting Highlands, semalam.

Bas yang meragut 37 nyawa di Genting Highlands semalam beberapa minit sebelum kemalangan maut itu hampir terbabit dalam satu kemalangan kecil beberapa ketika sejurus tiba di tempat kejadian sebelum terjunam ke dalam gaung.

Nor Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, mangsa yang duduk di belakang kerusi pemandu terbabit memberitahu Utusan Malaysia, sebaik sahaja turun dari stesen bas Genting kira-kira pukul 2 petang, bas berkenaan yang berada di laluan sebelah kanan cuba masuk ke laluan kiri tetapi nyaris berselisih dengan sebuah kereta yang mahu ke tokong berhampiran di sebelah kanan jalan.

"Pemandu bas bagaimanapun sempat brek. Kalau tidak dari awal lagi terjunam ke gaung lebih dalam lagi. Kemudian berlaku pertengkaran antara mereka. Selepas itu, bas teruskan perjalanan. Tiga minit kemudian pemandu bas itu berhenti. Waktu hidupkan enjin, terdengar bunyi 'krek', mungkin bas ada masalah.

"Perjalanan kemudian diteruskan tetapi kali ini bas bergerak laju, habis kereta di depan dia langgar...dalam dua tiga kereta, pemandu itu nampak macam kelam-kabut cuba kawal ke kiri dan kanan. Waktu itulah penumpang yang lain menjerit-jerit ketakutan sebelum bas terhumban dalam gaung," katanya.

Nor Maizatul, kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves patah kaki dengan luka di dahi dan berdekatan mata ditemui di Hospital Sungai Buloh dekat sini.

Menurut Nor Maizatul, dia yang naik ke Genting Highlands bersama seorang rakan untuk ke Theme Park sebelum itu hairan kerana semasa di stesen lagi, bas berkenaan mengambil lebih muatan, kira-kira 10 orang lagi.

"Ada yang berdiri dan ada juga yang duduk di tangga bas," katanya.

Nor Maizatul berkata, selepas bas terhumban dalam gaung, dia tersedar bas berkenaan berada di depannya dan dilihatnya 'ada beberapa mangsa bertindan-tindan'.

"Saya tercampak ke luar dalam keadaan meniarap dan tidak dapat bergerak. Seingat saya, dekat saya ada seorang lelaki berasal dari Kelantan manakala rakan saya tadi tercampak ke bahagian bawah gaung lagi.

"Lelaki itu sempat menenangkan saya dan meminta menjaga diri. Lebih kurang sejam saya menunggu dan hanya ingat mati sahaja," jelasnya.

Sementara itu, seorang penumpang yang terselamat mendakwa pemandu bas itu mengabaikan keselamatan apabila masih memandu kenderaan itu walaupun mengetahui berlaku kerosakan brek.

Tan Ming Shing, 26, mendakwa, sebelum kemalangan itu, bas berkenaan memotong sebuah kereta jenis Honda dalam keadaan berbahaya menyebabkan pemandunya berang.

Menurut Ming Shing, pemandu bas dan kereta Honda terbabit masing-masing berhenti di tepi jalan dan bertengkar.

"Saya dengar pemandu kereta Honda itu bertanya kenapa memandu bas dalam keadaan berbahaya.

"Pemandu bas kemudian memaklumkan kenderaannya mengalami masalah brek dan selepas itu kedua-dua mereka meneruskan perjalanan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meluangkan masa melawat dan bertanya keadaan kesihatan Ming Shing yang mengalami patah tangan kiri.

Ming Shing yang bekerja di bahagian dapur di Genting Highlands mendakwa, dia hairan kenapa pemandu bas itu mengambil risiko meneruskan perjalanan walaupun tahu kenderaannya mengalami masalah brek.

Sementara itu, seorang mangsa kemalangan yang terselamat merupakan rakyat Korea, dipercayai masih kritikal.

Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Genting Highlands semalam adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun. -- UTUSAN

Thursday, 22 August 2013

Takziah Kepada Keluarga Mangsa - Tragedi Genting Highlands

Semalam, 
Dalam pukul 2.45ptg, 
Terjadinya nahas kemalangan bas jatuh gaung bertempat di Kilometer 3.5 Genting Highlands - Karak.Kemalangan tersebut berlaku di satu selekoh tajam berhampiran Tokong Chin Swee. Pokok-pokok besar di lereng bukit menahan bas itu daripada tercampak lebih jauh..



Dah lama rasanya tak dengar kes bas jatuh gaung kat Genting Highlands...
Takziah kepada keluarga mangsa..
Nahas bas di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 53 penumpang selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit.

Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.

Rasanya ni lah kemalangan yang paling teruk dalam nahas melibatkan bas seramai 37
orang maut selepas kes kemalangan bas pada 10.10.2010 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan dengan Pedas tak salah aku..

Antara kemalangan bas di Genting Highlands

5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.
30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.
29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.
16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.
Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.
30 Jun 1995: Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang
Sumber: malaysiakini

Tadi dengar Hotfm, 
Ada sorang pemanggil ni,
Dia selalu berulang alik ikut jalan kawasan kemalangan..
Baru aku tau yang kawasan kemalangan ni "jalan belakang" a.k.a jalan lama..
Bukan jalan yang kite selalu lalu ikut depan pengawal polis tu..

Dia kate, jalan lama tu hanya untuk kenderaan persendirian / van dengan kereta je..
Sebab jalan tu kalau turun bukit, memang turun betul, macam curam -- fahamdak??
Then kalau selekoh, memang selekoh tajam..

Untuk bas, memang tak digalakkan,
Pendekkata memang tak boleh lah..
Better ikut jalan yang selalu kite lalu tu..
Sebab tu memang dah rate sebagai highway..

2tahun lepas, 1st time gi Genting naik bas..
Dengan family pulak tu..
Tiket bas pukul 11.30 pg..
Dalam 10pg dah start hujan lebat dari KL..
Ingatkan pukul 11.30pg tu hujan dah berenti..
Belum lagi.. Makin lebat..
Aku memang tak senang duduk la dalam bas..
Ye la dah pk bukan bukan kan..
Hujan, jalan licin, nak naik bukit lagi..

Tapi alhamdulillah..
Elok je lepas tol Gombak, hujan dah berenti..
Driver pun ok..
Nasib bas turunkan had kat cable car..

Tu la 1st and last naik bas gi Genting Highlands dari KL..

Alfatihah untuk mangsa, dan moga-moga selamat hendaknya mangsa yang cedera..


PASUKAN bomba dan penyelamat menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa dan mengeluarkan mayat korban nahas bas yang terjunam ke gaung di Jalan Genting Highlands petang ini.
PASUKAN bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat seorang mangsa yang terkorban dalam nahas bas yang terjunam ke gaung di Jalan Genting Highlands petang ini.
PETUGAS bomba mencari mangsa-mangsa kemalangan sebuah bas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, semalam. - Gambar ihsan BOMBA
Beginilah keadaan mayat yang bergelimpangan dan berhimpit-himpit di dalam bas setelah kenderaan itu terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, semalam. - IHSAN/JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT










Berita Penuh -- Klik Sini dan Klik Sini dan SINI
Sumber: Utusan/Google

Thursday, 15 August 2013

Kemeriahan Raya 2013 - Raya Pertama

Selamat Hari Raya you'olls..
Selamat kembali bekerja arini..
Mesti mood ke laut ni..
Kehkehkeh..

Malamraya tu berbuka puasa ramai-ramai kat kg..
Meriahnyaaa..
Sampaikan masa masak rendang pun tak perasan yang dah masuk waktu berbuka..


Balik kerja je,
Dalam pukul 4ptg, terus balik sg.Buloh..
Ramainye sedara dah sampai..

Nasibbaik baju raya dah siap iron..
Takde la nanti nak Q iron sebelum tido ataupun pagiraya kann..

Baju raya ada yang aku recycle balik..
Macam baju kebaya pink aku pakai sekali je masa raya pertama kat Melaka 2tahun lepas,
So, aku recycle untuk pakai masa raya kat Sg.Buloh ni..
Bagi aku recycle, bagi dorang, baju baruu.. kehkehkeh..

Terkilan sangat, xde gambar family macam ni secara formal. Raya haji nak repeat balik.
Tema tahun ni purple+merun..
Lebihkuranglah.. 
Tapi paling meriah tema pink color.. Hohoho..

Atok, Pakcik, Sepupu.


Juadah berbuka puasa, telan ailioo..

 





Kiteorang kutip duit raya memang macam ni.
Sapa yang duk depan tu la yang kene tolak
Yang collect duit raya berumur dari 4thn-35thn.
Lepas dah settle sesi maaf-maaf, collect duit raya, 
Jom kite ke rumah terbuka PM, kat Putrajaya..
Ni tahun kedua..
Kalau sebelum ni, petang raya, 
Family aku dah balik Melaka,
Tapi semenjak 2-2 arwah atok ngan nenek dah takde,
So, raya kedua baru balik Melaka..

Dorang nak g rumah terbuka bukan sebab makan,
Tapi nak tapau makanan bahan mentah..
Tu yang raya tahun ni, 4hari berturut-turut makan mee jee..
Yela, bawa balik mee banyak giler..




Otw nak balik Sg. Buloh,
Singgah umah jap..
Nak tengok si gedik ni buat apa..
Semalam kiteorang balik kg, dia keluar..
Bila masuk rumah, kemain bising mulut tu..
Nak tinggalkan dia selama 5hari kat rumah haa..
Buka tingkap sikit untuk laluan dia keluar masuk rumah..


Iman ngan nemo, memang takdapat dipisahkan.
Esok masa otw nak balik Melaka,
Ada dugaan yang datang.. nanti aku storymory..
Nak g lunch ni, bye!!
Atas: Sampul yang aku bagi kat dorang.
Bawah: Sampul yang aku dapat hasil berebut, tolak-tolak masa collect duit raya..
Wiwiwiwiwiwi..

P/S: Ni gambar semua dari iPong, dari camera belum transfer lagi. Kalau dah transfer aku update terus.