Kongsi Resepi

Monday, 5 August 2013

Resepi: Bendi Goreng Berlada

Resepi 4ramadhan terakhir juga...
Mood tengah baik,
Bahan mentah banyak..
So mood memasak naik kemuncak haaa..

Sebelum ni,
Kes tersalah beli bendi..
Tapi tak bermakna tak masak bendi..

Beli lah juga dalam 10biji..
Sebab ni request dari ayah..
Dia nak makan sangat kann..
Dan tetiba request sirap bandung haaa..

Cara masak sama je macam goreng sayur yang lain..
Tapi itulah,
Lain orang, lain bahan dia -- mungkinkaann..


Bahan-bahan

BAHAN A:  (* ditumbuk)
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Sedikit belancan (bakar dulu)*
  • Cili Merah*
    Note: Kalau guna Cili Merah, tumbuk sekali dengan bahan atas tu, tapi kalau guna Cili Blender, masukkan masa step ke3** (Tapi boleh tukar guna cili blender, aku guna cili blender sikit)

BAHAN B
  • Bendi(potong serong)
  • Cili Blender (kalau tak guna cili merah, abaikan bahan A)
  • Garam
  • Sedikit Air

Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dan letak minyak masak sedikit.
2. Masukkan Bahan A , tumis sehingga naik bau.
3. Sekarang ke BAHAN B. Masukkan sikit cili blender. Dah agak-agak dah masak cili tu, masukkan bendi, sedikit garam. Kacau.
Nota: Kalau nak ada kuah, letak air sikit.
4. Tutup api dan hidangkan. SIAP!!



Resepi: Kacang Panjang / Buncis Bergoreng

Kejap je dah masuk 4ramadhan terakhir..
Weekend ni bz kemas rumah, tukar langsir,
Mop lantai, dan tukar la apa yang patut..

Persiapan raya sederhana je tahun ni...
Adik aku bz kemas rumah, 
Aku tak boleh,
Alergik dengan habuk..

So, aku amek alih untuk masak juadah berbuka..
Perghh.. Macam tak caya you'olls..
Hahahahah..

So, asalnya nak masak bendi, 
Tapi adik aku pergi beli kacang buncis..
Siap google ok sebelum pergi pasar.. 
Adik lelaki, umur 13thn,
Kena la google dulu. Hehe

Jum, aku sharekan resepi yang dikategorikan sebagai sayur..


Bahan-bahan

BAHAN A:  (* ditumbuk)
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Ikan Bilis (setengah genggam)*
  • Sedikit Sos Tiram

BAHAN B
  • Kacang Panjang / Kacang Buncis (potong serong)
  • Cili Merah (potong serong)
  • Garam
  • Sedikit Air

Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dan letak minyak masak sedikit.
2. Masukkan Bahan A , tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sikit sos tiram.
4. Sekarang ke BAHAN B. Masukkan kacang panjang/kacang buncis, sedikit garam. Kacau.
5. Kemudian masukkan sedikit air untuk jadikan kuah, agak-agak dah nak masak kacang tu masukkan cili merah yang dah di potong tadi. Nak naikkan seri warna.. Takdelah nampak "hijau" je kan..
6. Tutup api dan hidangkan. SIAP!!


 

Saturday, 3 August 2013

Juadah Berbuka Sepanjang Ramadhan

Tahun ni adalah tahun yang paling ohsem!
Sebabnyaa..
Tak sampai 5 kali pun aku gi Param / Pasar Romadhon.. :D

Dan paling rare,
Parents sendiri langsung tak jejak kaki ke Param.. 

Yela,
Nak berbuka, mama dah masak macam-macam..
Nak beli ape lagi kat Param tu..

Kadang-kadang kalau beli kuih pun,
Parah wei nak abeskan..
Belum tentu lepas teraweh nak makan lagi kann..

Sepanjang bulan puasa ni,
Aku tak kerap sangat amek gambar juadah berbuka..
Sebab kadang-kadang leka tengok "Dapur Bujang" kat channel inspirasi (Unifi)..
Memang basic resepi dia tunjuk.. Style bujang.. Haaaa...

Rasanya sekali je berbuka kat luar dengan ayah n adik..
Masa tu mama ngan si bongsu kat Sg. Buloh, 
Had lagi sorang kat Jengka..
Kiteorang bertiga yang di KL ni berbuka la kat luar..

#Telan ailioo.. 



Mutabak ni je yang aku kerap beli. Sedap wei!










 *****************************
IKLAN: Iman tak boleh terima yang dia kene share kasihsayang skang ni :D



K byeeeeee

Friday, 2 August 2013

Dah Sampai Penghujung...

Assalamualaikum you'olls..
Alhamdulillah diberi kesempatan dan diberi kenikmatan untuk menghirup udara segar pagi ni..

Hari ni hari Jumaat,
Hari terakhir puasa di bulan Ramadhan.. :'(
Kejapnyeee..

Masa mula2 puasa aritu, 
Lamanya nak hujung bulan..
Sekarang ni..
Tak sampai seminggu nak sambut raya haa..
Bila puasa, tak rasa lapar pun..

Rindunyaa teraweh lepas ni,
Rindunya sahur,
Rindunya berbuka..
Aura masak untuk berbuka tu lain macam daripada masak rutin..

Dah penghujung Ramadhan kann.
Malam lailatul Qadar..
Dan juga malam 7likur sekarang ni..
Kalau kat kampung, dah pasang pelita kat kawasan rumah..

Kalau balik teraweh,
Selalu dapat makanan..




Kadang2 bubur,

Kek, kuih, lauk lebihan berbuka..
Tapi ada juga makan terus kat masjid sebelum balik tu..
Cuma untuk hari hari terakhir ni tak dapat gi teraweh :(
Allah bagi cuti... 

Masa 5Ramadhan aritu,
Pihak RTM ada buat rakaman takbir raya..

Rasanya ni tahun ke3 ayah aku terlibat dalam rakaman ni..
Orang luar terlibat sama selain dari staff RTM..
Tahun ni ramai sikit..
Kalau sebelum ni,
RTM buat rakaman masa hujung-hujung ramadhan..
So, kebarangkalian jemaah yang datang teraweh dah berkurang kaaann..

Jadi, bila dorang buat awal,
Nampaklah ramainya..

Sementara tunggu rakaman abis,
Kite makan biskut cicah teh panas..
Sluuurrppp..



Mood kerja dah kelaut..
Pikir nak cuti raya je ni..