Kongsi Resepi

Tuesday, 3 April 2012

Muhasabah Diri


Jika Allah uruskan urusan kita, jika Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata, DUNIA boleh berbuat apa-apa TAPI mereka tidak boleh mencabar kebesaran dan keajaiban ALLAH

--Subhanallah--


Monday, 2 April 2012

Hari Kesedaran Autisma Sedunia

Pernah dengar Hari Kesedaran Autisma Sedunia? Aku pun baru tahu ni. Mungkin ramai yang tak tahu bulan April, tanggal 2 April, adalah bulan sambut kesedaran Autisma. Siapa yang pakai baju warna BIRU hari ni, secara tak langsung, korang menyokong Hari Kesedaran Autisma Sedunia nie. :)

Mungkin, ada yang tertanya-tanya apakah itu Autisma
Ia didefinasikan kepada kecacatan perkembangan disebabkan gangguan neurologikal yang mempengaruhi fungsi otak. Individu yang menghidapi  Autisma  mengalami masalah dari segi interaksi sosial, komunikasi, kecacatan deria, kelakuan dan cara bermain. Sehingga ke hari ini, punca  Autisma  masih belum diketahui dengan sahih. Bangsa, keturunan, tahap pendidikan dan pendapatan ibubapa atau kelas sosial bukan punca  Autisma .


Kajian kes di Amerika Syarikat pada tahun 2002 menunjukkan 1 dalam 150 kelahiran adalah kanak-kanak autisma, walau bagaimanapun angka ini meninggakat kepada 1 dalam 110 kelahiran pada tahun 2006 dan dijangka ianya meningkat kepada 1 dalam 88 kelahiran mengikut data pada tahun 2008

Autisma boleh terjadi kepada siapa sahaja dan boleh dikesan seawal usia 2 tahun. Jadi lebih prihatin kepada individu yang menghidapi Autisma dengan mengenali mereka. Sekiranya anda adalah ibubapa, berikut adalah ciri-ciri individu Autisma.
- Tidak suka bergaul
- Tidak peka kepada kesakitan
- Tidak suka dipeluk
- Tiada eye contact
- Gemar membuat perlakuan berulang kali

Sekiranya ada ciri-ciri di atas, silalah dapatkan nasihat dan pandangan pakar perubatan.

#Tanggal 2 April setiap tahun, Hari Kesedaran Autisma Sedunia

Jadi, setiap 2hb April, jangan lupa memakai pakaian berwarna BIRU. Ini menandakan korang sedar dan prihatin terhadap  individu Autisma. 


Sunday, 1 April 2012

Blues Clues. Mana? Mana?

Blues Clues... 

Korang pernah tengok cartoon ni? Tak salah aku bersiaran kat astro rasanyaa. Seorang lelaki yang maintain berbaju hijau belang dan anjing kesayangan yang berwarna biru. Kenapa di panggil Blues Clues? Sebab anjing die wane biru then cite ni asyik pasal clue jeee. Sikit-sikit tanya, ada nampak clue? Kat mana? Kat sini? Kat situ? Lepas tu nyanyi jap

Tapi paling annoying bila jadi macam gambar kat bawah nih. Hahaha. Cakap sorang-sorang depan tibi then tekanan sorang-sorang bila mamat si hijau ni buat-buat tak nampak. 


#Pernah anda rasa macam ni time tengok cite Blues Clues?
Mesti pernah punya kaaaannn ..
Notepad: Salah satu feberet channel masa kecik-kecik dulu. Hehe

Segmen Cik Mun: Dia Pilihanku.... Cikgu!



SundayBlues hari ni dah kena tagged oleh Cik Adieb. Ni kire 1st time lah ditagged. Kena plak join segmen Cik Mun. Huhu. TQ Adieb coz tag kite yee.. Kalau sapa-sapa yang nak join, boleh pergi ke link ni. Kena la refresh balik cikgu kesayangan masa alam persekolahan dulu. Dulu mana ada FB ni. So, gambar terkini takdelah yee..

Cikgu yang menjadi pilihan ataupun kesayangan lah kirenya masa sekolah dulu, ialah arwah cikgu Rastam. Dia merupakan guru kelas aku masa darjah 6 dan juga guru untuk bahasa melayu untuk tahun 6. Arwah cikgu terkenal dengan guru sukan dan juga guru karangan di kalangan murid tahun 6. Dia akan pakai formal masa hari isnin je, hari biasa pakai baju sukan. 

Bila ketua kelas bagitau cikgu malas tak masuk kelas sebab ada meeting, kiteoorang memanglah suka, tapi jangan ingat boleh bebas.  Arwah cikgu akan bagi pesanan kat ketua kelas suruh buat karangan, tak kiralah karangan tajuk yang dibagi ataupun karangan salin balik dalam buku teks. Sampaikan ada soalan karangan yang keluar dalam exam dan UPSR. Berkatkan cikgu suh buat karangan je manjang. Hehe.

Kadang-kadang kiteorang buat karangan then lawan siapa yang paling cepat siap. Hahaha. Memory masa tue. Budak-budak kannn.. 

Masa aku form 5, aku dapat berita dari adik aku, sebab adik aku sambung generasi sekolah rendah kat sekolah yang sama. Cikgu meninggal sebab accident balik dari khusus di Melaka. Masuk paper & tibi masa tue. Rasa macam tak percaya. Tapi, Allah lebih sayangkan arwah. Masih terngiang-ngiang kat fikiran ni terkenang kisah sekolah rendah dulu. Moga roh arwah cikgu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

#Sumber: Majalah Sekolah 1998

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Memandangkan kene tagged 3 blogger lain untuk join contest ni, so, aku tagged:

Ira Trarara
Belitiaq Sat
AyueJean