Kongsi Resepi

Monday 2 September 2013

Sambutan HariJadi Ayah

Harijadi ayah masa 1 September 2013 semalam kan..
Tapi aku sambut sehari awal, 31 Ogos 2013...
Bukan kat rumah, tapi tumpang rumah anak buah ayah a.k.a anak kakak ayah..
Sebab dia ada buat makan-makan..
Jadi aku rancang ngan adik-adik,
Untuk buat surprise kecil-kecilan je..
Yela, masa tu ramai 2,3 adikbadik ayah berkumpul kat sana kan..
Rasa meriah sikit..

Petang tu minta tolong K.ina belikan kek untuk ayah..
Petang kiteorang ada openhouse anak buah mama kt Sg.Buloh,
Dalam pukul 7pm tu, terus gerak ke Cheras Perdana..

Elok sampai, semua buat takde pape berlaku..
Makan, lepak-lepak,
Dalam pukul 9 baru lah kluarkan kek..

Pak Ngah boleh tahan mainkan peranan dia nak lekakan ayah..
Aku pun menggigil juga nak pasangkan lilin kat kek tu..
Bawa kek dari dapur nak ke depan tu, 
Nyanyilah ramai-ramai..
Ayah ok lagi, dia ingat untuk cucu-cucu dia ke, kek orang lain ke..
Bila sebut je "Happy Birthday to AYAH"...
Haaaa.. baru ada tindakan reflaks.. hahahahha..

Ayah kenakan mama masa reramai tu..
"eh, tak suap ke kek untuk birthday boy ni??"
Merah muka mama..
Dalam diam, ayah memang ada sifat mengusik..

Tak pernah sambut  reramai macam ni kan..
Ari Ahad semalam, masak rendang daging, nasi minyak, ayam masak merah ngan nasi impit untuk harijadi ayah..
Adik aku plak bagi hadiah apa ntah..

Ayah msg, katanya terima kasih untuk semua. 
Yang part paling klakar, sigedik Iman pun dapat nama konon celebrate juga harijadi dia..
Hihihi..
Yela, Ayah kalau balik je rumah, Iman tu la yang dicarinyaa.. bukannya kitorang..

 
 


Ada video, tapi aku upload kat instagram.. 
Sila lah view ;)
--------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah sebab memberi nikmat umur setahun lagi kepada ayah.

Hari ni 1 SEPTEMBER 2013, adalah harijadi ayah. Dah makin menganjak dah usia ayah.

Papepun, akak doakan ayah sentiasa diberikan kebahagian didunia dan diakhirat. Malah akak doakan agar ayah diberikan kesihatan yang baik. Semoga ayah ceria disamping kami anak-anak dan isteri. Jasa ayah kepada kami tiada tolak bandingnya.

Maaf akak belum cukup sempurna untuk balas segala pengorbanan,
kasihsayang, masa, ilmu,  yang ayah curahkan.

Terima kasih lagi sekali ayah..
Hanya terima kasih dan kejayaan saja yang anakmu ini mampu beri..
Terima kasih Ayah <3 <3 <3

Selamat Hari Jadi, Ayah!!
Abdul Hajis Mohamad

P/s: terimakasih kepada #sedarasedarichikebum yang tlg belikan kek, surprisekan. Wiiiiiii #birthday #family #ayah #adikberadikAyah #surprise #cake #agakagakbolehkawentaklepasni

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

selamat hari jadi buat ayah yer, semoga panjang umur, murah rezeki, dan diberikan kesihatan tubuh badan serta kebahagiaan dunia dan akhirat...

missmeraa said...

Farah: TQ farah atas ucapan dan doa.. amin amin :)