Kongsi Resepi

Tuesday 3 December 2013

JJCM: Murni SS2

Lama tak cite pasal family.. :D

Kat sini lah tempat family kitorang kalau nak makan western..
Nak g highclass tak mampukann..
Bukan ape, kat sini semua ada..
Dari western, nasilemak, nasigoreng+western, sizzling, semua adalaah..
Kalau korang nak makan nasi+western dalam 1plate pun ada..

Air dia, terbaik..
Kiss me baby, I love u, pink panther, I miss u, Milo dinosaur dan juga termasuk air biasa..
Kuantiti makanan dalam 1plate lebih kurang untuk 2orang makan..
Serius banyak, KECUALI kalau korang boleh abiskan makanan tu sendirikann..

Aritu dua-pupu mama datang ke KL, dari kampung..
So, takkan nak bawa dia makan tomyam sup ekor semua tu kan..
Kitorang bawa makan kat sini, anak dia plak keje KL, so alang2 lah kan..

Mama order Mee Raja+Chicken chop, so share dengan Mak Andak (panggilan bagi kitorang)
Tu pun muka dia pelik, ape benda ni..

Atleast kalau dia tak boleh gigit ayam tu, boleh makan mee kan..
Yang lain order chicken chop, lamb chop, Mix Sizzling (ada ayam, daging n kambing), Hawaian, 
Air -- Kiss Miss Baby, Pink Panther, I Miss U, teh o suam, Fresh Orange, Ribena Laici..

Nampak sangat muka pelik Mak Andak ni. Hihi
Ni Alang, anak Mak Andak,
Bila nak order tu, Ayah perli "Kalau setakat nak order Teh Ais, Teh O Ais, kat kedai area rumah pun ada.."
Hehehe..
 
Sorang Lamb Chop, Sorang lagi ni Mix Sizzling.
Tak padan dengan kecik order Mix Sizzling..
Jenuh nak abiskan..

 
Yang menarik kat sini,
Pekerja dia amek order, dia boleh hafal onthespot,
Tak payah tulis atas kertas.. Kalau kite dah order, then kite cancel nak order lain, 
Dia akan repeat balik order tu, and semuanya betul habaq ang..
Dia boleh ingat meja mana yang order ni..
Dah amek order kitorang, dia gi meja sebelah amek order lagi baru dia g kitchen.. 
Haaa gitu..
Kalau bawa air tu lagi lahh.. Kite yang tengok ni pun ngeri..
Buka dari 6ptg-12mlm (rasanyalah)
Rate harga dalam RM5-RM25...

Selain kat SS2, PJ, ada cawangan lain kat Kelana Jaya, Danau Kota..
Murni and William ni dorang kate adik badik.. Katanya laahh..
Aku tak pernah gi makan tempat lain, sini jeee selalu..

Korang google je "SS2 Murni", 
Situlah tempatnya..
Kalau nampak banyak meja kat kaki lima depan kedai lain-lain tu,
Tu semua Murni yang punya...
Kehkehkeh.

2 comments:

licha said...

meriah nya dear :) best kn kuar mkn dgn family semua..

missmeraa said...

@Liza: rasa aura dia lain bila makan sama2 dengan family ni.. :)