Kongsi Resepi

Wednesday, 10 July 2013

WW: Mood Hari Pertama Puasa

Macam mana korang arini?
Ke dah terfikir nak buka apa balik karang.. 
Hihik.. 
Rutin masuk & balik keje dah bertukar..
Pagi tadi tetiba jem seawal 7:30pg -- pelik!!


Moga azam ramadhan kali ni tercapai
InsyaALLAH
#Puasa Penuh :D

Tuesday, 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah, Syukur -- di beri kesempatan, di beri umur yang panjang..
Untuk menyambut Ramadhan pada tahun ni.. 
Dan moga diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa tahun ni..
Amiinn 


Kejap je masa berlalu..
Rasa macam baru je buat kueh raya tak jadi,
Rasa macam baru je wat traweh..

Tahun ni kite jumpa lagi.
 Ya Ramadhan..

Mohon maaf andai ada salah silap secara sengaja mahupun tidak..
Halalkan segala perkongsian dan budi bicara...
Dan semoga keberkatan Ramadhan ini di perolehi oleh semua.. 


Sunday, 30 June 2013

Bekerja Di Malam Minggu

Ini 1st time aku kerja masa weekend apatah lagi waktu malam.
Live update ye sekarang ni dari ofis..
Pukul 10.40pm..

Pukul 6ptg dah terpacak kat opis, 
Then terus jumpa client untuk run and report income distribution activity.

Lepas maghrib, solat and makan jap,
Pastu continue lagi..
Dengan aircond tak on, 
Plus haba manusia sekeliling, memang berpeloh la keti-- yeee..

Pukul 9 dah boleh balik,
Tapi bukan BALIK RUMAH, 
Balik ke workstation level 31...

Baru la terasa sejuk..
Sementara nak tunggu feedback dari client, 
-- Harap harap tak de problem -- 
Aku nak tido jap.
Kepala aku dah pening pening,
Almaklumlah, time ni kat rumah, 
Dah masuk tidooo...
Sebab esok hari Isnin kan..

Nasib baik esok dapat cutii..
Tido sat ehhh..


Byeee... 

Monday, 24 June 2013

Jerebu 2013

Rasanya tahun ni lah jerebu paling teruk.
Arini, PM umumkan sekolah di kawasan KL dan Selangor tutup!!
Pagi pagi dah kene soalan panas dengan adik aku..
"Kaklong kerja eh arini??"

Amboiiii...
Pagi pergi kerja, 
Ramai dah pakai face-mask..
Aku masuk je office,
Dah bau asap dalam ni..
Campur dengan aircond,
Dia punya perggiiii...
Sesak nafas sikit..
Dahlah office aku tingkat 31..
Memang view tak nampak lah kan..

Kalau pagi pukul 8.30pg view macam ni..

Yang ni plak pukul 2.30ptg..

KLCC sebelah ni pun tak nampak sangat..

Kenapalah PM tak isytiharkan je arini Public Holiday?
Aku dah mula pedih mata, 
Air dah 4x botol dah minum.. 
Tekak dah mula kering dah..
Offismate pun 5org je datang.. Kehkehkeh..

So, kurangkan aktiviti luar ye korang..
Jangan lupa pakai mask..



Moga-moga esok turunlah hujaannn..
Kalau tahu, amek EL.. :/

NIKMAT berNAFAS dengan BAIK di TARIK olehNYA kita sudah mengeluh dumba . - Muhasabah Diri