Semalam,
Dalam pukul 2.45ptg,
Terjadinya nahas kemalangan bas jatuh gaung bertempat di Kilometer 3.5 Genting Highlands - Karak.Kemalangan tersebut berlaku di satu selekoh tajam berhampiran Tokong Chin Swee. Pokok-pokok besar di lereng bukit menahan bas itu daripada tercampak lebih jauh..
Dah lama rasanya tak dengar kes bas jatuh gaung kat Genting Highlands...
Takziah kepada keluarga mangsa..
Nahas bas di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 53 penumpang selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit.
Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.
Rasanya ni lah kemalangan yang paling teruk dalam nahas melibatkan bas seramai 37
orang maut selepas kes kemalangan bas pada 10.10.2010 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan dengan Pedas tak salah aku..
Antara kemalangan bas di Genting Highlands
5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.
30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.
29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.
16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.
Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.
30 Jun 1995: Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang
Sumber: malaysiakini
Tadi dengar Hotfm,
Ada sorang pemanggil ni,
Dia selalu berulang alik ikut jalan kawasan kemalangan..
Baru aku tau yang kawasan kemalangan ni "jalan belakang" a.k.a jalan lama..
Bukan jalan yang kite selalu lalu ikut depan pengawal polis tu..
Dia kate, jalan lama tu hanya untuk kenderaan persendirian / van dengan kereta je..
Sebab jalan tu kalau turun bukit, memang turun betul, macam curam -- fahamdak??
Then kalau selekoh, memang selekoh tajam..
Untuk bas, memang tak digalakkan,
Pendekkata memang tak boleh lah..
Better ikut jalan yang selalu kite lalu tu..
Sebab tu memang dah rate sebagai highway..
2tahun lepas, 1st time gi Genting naik bas..
Dengan family pulak tu..
Tiket bas pukul 11.30 pg..
Dalam 10pg dah start hujan lebat dari KL..
Ingatkan pukul 11.30pg tu hujan dah berenti..
Belum lagi.. Makin lebat..
Aku memang tak senang duduk la dalam bas..
Ye la dah pk bukan bukan kan..
Hujan, jalan licin, nak naik bukit lagi..
Tapi alhamdulillah..
Elok je lepas tol Gombak, hujan dah berenti..
Driver pun ok..
Nasib bas turunkan had kat cable car..
Tu la 1st and last naik bas gi Genting Highlands dari KL..
Alfatihah untuk mangsa, dan moga-moga selamat hendaknya mangsa yang cedera..
PASUKAN bomba dan penyelamat menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa dan mengeluarkan mayat korban nahas bas yang terjunam ke gaung di Jalan Genting Highlands petang ini. |
PASUKAN bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat seorang mangsa yang terkorban dalam nahas bas yang terjunam ke gaung di Jalan Genting Highlands petang ini. |
PETUGAS bomba mencari mangsa-mangsa kemalangan sebuah bas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, semalam. - Gambar ihsan BOMBA |
Sumber: Utusan/Google
No comments:
Post a Comment