Kongsi Resepi

Tuesday 30 April 2013

Mood Ke-Laut Dah!

Lamanye tak update blog...
Dah bersawang dah blog ni..
Sampai terbersin-bersin ni... Ishh...

Bukan tak nak update,
Dan juga bukan bz dengan keje. Hehehe..
Tapi tak tahu nak update apa..

Semalam dengan hari ni,
Pergi keje lengangnyaaa jalan.. 
Alahai...
Ramai yang amek cuti direct dari sabtu sampai 1hb Mei..
Esok kan public holiday..
Dan confirmmmm IronMan 3 soldout!!!

Cuti aku kena simpan dulu..
Nak pakai lepas raya nanti..
Hehehehe..

Esok harijadi mama..
Takyah susah minta cuti untuk celebrate,
Memang dah jatuh public holiday untuk 1malaysia.

Lain.. Hurm..
Beberapa hari je lagi nak mengundi nih.
Makin neves rasa dia.
Almaklumlah,
1st time undi..

So,
Hari ni confirm la mood korang dah tak de nak keje..
Selamat bercuti esok!



Thursday 11 April 2013

Tutorial : Semakan Daftar Dan Lokasi Mengundi Untuk PRU13

Semalam, SPR dah umumkan tarikh keramat untuk mengundikan..
Jatuh pada 5 MEI 2013 iaitu hari Ahad.
So, kepada yang bekerja, mengundi di kg halaman,
Dah boleh apply cuti..

Adik aku konvo pada tarikh tu pun kena tangguhkan ke minggu hadapan..
Kesian plak pada bakal pengantin yang dah setkan tarikh majlis kawin pada tarikh tu..
Lagi-lagi da booking dewan tapi digunakan untuk mengundi..

Haiihh..
Korang da dapat surat/poskad untuk lokasi mengundi??
Aku dah dapat dah..
Ada juga kawan sama kawasan tempat tinggal, 
Tapi tak dapat lagi..

So, 
Sini aku bagi tutorial untuk korang..
Untuk semak lokasi korang untuk mengundi..

Korang pergi laman web SPR


Lepas tu klik "Semakan Daftar Pemilih"


Then, masukkan IC/KP korang. Tak payah ada "-" ..
Pastu klik button "Semak"

Barulah kluar info nama, lokasi, parlimen, pusat mengundi dan masa mengundi.
Korang boleh cetak dan tampal lah kat cermin. Sebab hari hari tengok cermin dan korang tak lupa masa mengundi..
Jangan plak mengundi hari sebelum waktu mengundi haa...

 

So, selamat mengundi ye. Pengalaman pertama ni... Huhu..
Semalam dah tengok demo mengundi kat MHI..
Undi adalah rahsia! :)

Ingat! 
5 MEI 2013 - Ahad 
Tarikh mengundi!


Banjir Kilat Di Sekitar KL - 10 April 2013

Mujurlah tak bawa kereta lately ni..
Semalam, hujan lebat dari pukul 5ptg sampailah ke malam..
Subhanallah...

Hujan lebat disertai dengan angin yang kuat.
Aku terpaksa lah duk lepak kat parking dulu dalam setengah jam..
Sebab, kalau pakai payung pun, 
Rasa nye payung pun boleh terbang.
Hujan tak menandakan nak berenti, 
Makin lebat, makin kencang adalah.
Nak tengok banjir ke tak kat jalanraya pun tak nampak dah view dari opis ni..

Dalam 630ptg, nekad, redah ujan.
Payung plak tak bawa.
Tawakal je la..
Tengah-tengah berlari tu, (dah separuh lenjun dah)

Ada kakak ni offer tumpang payung dia.
Alhamdulillah..
Dia pun kene stay dalam 20minit..
Kalau tunggu hujan benti betul-betul, tak tahu lah pukul brapa nak geraknya..


Naik LRT takyah cakap la sejuk dia macam mana.
Aku dah la konfem kuyup,
Tambah dengan aircond kuat lagi.

Dah alang-alang pukul 7 kat area Bangsar,
Aku tunggu je lah adik aku balik keje pukul 730mlm.
Boleh keringkan sket baju ni kan..

Then, masa kat bastop, 
Macam tak de harapan je nak naik bas,
Aku paksa adik aku jalan kaki dalam 500meter ke bastop sebelum LRT bangsar.
Nasib dah renyai skit..

Elok sampai rumah,
Hujan turun lebat kaw kaw!

Bila review gambar banjir semalam,
Memang teruk.
Kalaulah bawa kereta, tak tahu berapa jam aku sangkut.










Wednesday 10 April 2013

WW: Proses Dalam Bilik Mengundi


1st time mengundi nih. Neves!!

Tuesday 9 April 2013

Tolonglah Fikir


Bila duduk serumah sudah dianggap seperti keluarga sendiri, namun apa yang akan terjadi apabila tersalah pilih. Ini adalah kisah untuk menyelongkar perasaan mereka yang punya rakan sebilik pengotor dan mengganggu privasi.

Hanya mampu melihat dengan hati membengkak kerana nasihat pun tidak mahu dengar dan pura-pura tak tahu. Ini boleh bikin meletus perang dingin. Orang kata walaupun seseorang itu nampak baik dan cantik namun apabila duduk serumah, baru kita tahu hakikat sebenar perangai dan sikap masing-masing. Muka saja cantik buat apa kalau pengotor. Serius! Junior aku, partime model, sekali pergi bilik dia, amek!! Bersepah haaa baju. -.-''


Bukan isu pengotor saja, ada juga yang sibuk jaga tepi kain orang lain. Merimaskan! 24 jam nak tahu ke mana kita pergi mengalahkan mak ayah kita. Bahkan bukan itu saja sibuk buat 'spot check' dalam rumah mengalahkan ketua kampung. 

Jiwa pasti sakit dan derita apabila dapat rakan sebilik yang mempunyai sikap negatif begitu. Rasa menyesal pula mengajak duduk serumah. Ada pula satu kes yang aku pernah lalui apabila rakan sebilik memasang muzik dengan nada bingit tanpa mempedulikan rakan-rakan lain yang mungkin tengah ulang kaji, tidur dan solat. Mereka yang bersikap begini memang hanya mementingkan diri sendiri.

Akan kerap berlaku pergaduhan kecil dan bermasam muka apabila isu ini dibangkitkan. Apabila ditegur oleh rakan sebilik, mulalah naik berang!


Hal ini biasa terjadi terutama bagi yang tidak biasa tinggal berasingan dengan keluarga. Misalnya melangkah kaki ke alam pekerjaan atau baru saja mendaftar sebagai pelajar luar kampus, mencari bilik sewa atau rumah sewa. Perkara itu mungkin baru bagi mereka kerana jika tidak dibantu dengan sebetulnya, pasti akan mengalami masalah di kemudian hari. 

Tidak semua orang sedar bahawa mencari rakan serumah dan rakan sebilik tidak semudah yang disangkakan. Pelbagai perkara harus difikirkan dan diteliti sebelum sebarang kata putus diambil. Jika tidak kita hanya perlu reda dan berkongsi bilik atau rumah dengan mereka yang mempunyai sikap buruk dan mendatangkan tekanan emosi dan fizikal malah boleh merugikan wang ringgit kita. 

Pilih rakan sebilik yang memang kita kenal rapat dan mempunyai tahap kebersihan yang tinggi. Berterus terang pada kali pertama berkenaan dengan diri kita seperti apa yang kita suka dan tidak suka serta personaliti rakan sebilik atau serumah yang kita mahukan. Hal ini akan menyenangkan kita dan menjimatkan masa untuk mencari rakan sebilik yang baru. 

Hal ini juga sedikit sebanyak membantu orang lain untuk mengenali kita dan membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk tinggal dengan kita. Jika tidak berkenan, sila berterus terang dan nyatakan kepada mereka bahawa dia bukanlah rakan serumah yang dicari. 

Selain itu, ada juga isu berkaitan dengan rakan sebilik atau serumah yang liat untuk membayar sewa dan kemudian menyusahkan kita untuk mendahulukan duit kita sebagai duit sewa, kemudian tidak bayar balik dan pura-pura lupa. Isu ini memang sering terjadi kepada semua yang pernah ada rakan sebilik ini. 

Memeriksa latar belakang rakan serumah atau sebilik juga penting terutama mendapatkan maklumat daripada bekas rakan sebilik mereka mengenai sikap dan perilaku dia. Contohnya ,seperti adakah mereka pengotor, lewat bayar sewa atau suka bawa bukan jantina yang sama pulang ke rumah. Cuba korek rahsia daripada mereka, mungkin itu boleh membantu.

Akhir sekali, mengenali diri sendiri dulu, seandainya anda seorang yang lebih suka privasi dan tidak suka campur hal yang remeh-temeh. Kemudian berfikir sama ada anda sesuai untuk tinggal seorang atau mempunyai rakan sebilik. Ini penting untuk menjaga hati seseorang terutama apabila mendapat rakan sebilik yang sensitif dan mudah terasa. Selamat mencuba!


Aku pernah ada pengalaman housemate macam ni! Tu dia baqhang! 

"Kenal rakan sebilik ini ketika mula-mula masuk universiti, dia ini memang seorang yang jenis pengotor. Saya mengatakan dia seorang yang pengotor kerana suka buat bilik itu seolah-olah dia seorang yang punya dan tidak endah nasihat saya. Dia buat-buat tak tahu bila saya tegur. 

"Pakaian yang sudah dibasuh, dia akan campur sekali dengan baju busuk dan suka memakai pakaiannya banyak kali tanpa membasuh terlebih dulu. 

"Kemudian apa yang saya tidak puas hati lagi ialah apabila memasak, mengalahkan tinggal dengan keluarga sendiri kerana pinggan mangkuk dan periuk belanga dibiarkan begitu saja tanpa dicuci semula. Saya yang melihat memang terasa geram. 

"Perlakuan dia yang kotor itu membuatkan rakan sebilik yang lain menukar bilik. Itu tidak termasuk lagi pakaiannya yang tidak tersusun di dalam almari dan meletakkan saja di ruang tamu rumah sehingga rakan serumah yang lain kurang selesa. Ada juga saya menolong untuk mengemas barang-barangnya yang bersepah tetapi bukan mengucapkan terima kasih malah marahkan saya sebab sentuh barangnya. 

"Tahun depan saya memang akan berpindah sebab sudah tamat belajar, jadi tidak lagi tinggal serumah dengannya terutama sikap pemalas dan pengotor yang memang tidak boleh diterima itu. 

"Kadang-kadang terasa seperti orang gaji dia pula, semua kerja rumah saya yang lakukan seorang diri seperti kemas katil, sapu sampah dan mengelap.

"Saya berharap dia akan berubah. Saya kasihan dan terfikir siapa lagi mangsa dia selepas ini," katanya.



Monday 8 April 2013

Tutorial : Semak Saman Sebelum Renew Lesen

Sekarang ni kan dah pakai sistem renew/expired masa tarikhlahir kan..
So, xde lah alasan terlupakaann..

Sebelum nak renew tu, kene semak saman dulu.
Kadang tak pasal-pasal, 
Nak renewroadtax ke insurans kereta ke, 
Sangkut! Haaaaaa...

Dalam minggu lepas, 
Seminggu naik public transport..
Dan pasa masa sama, 
Aku tak perasan lesen dah expired seminggu sebelum..
Hujung bulan ni kene renew roadtax pulak.
Hohohoho..

Sebelum pape jadi, 

Baik semak saman dulu.
Mana tau terkena AES ke kaaannn..


Korang boleh cek kat MyEG atau kat Rilek e-Services
Aku sharekan tutorial dalam webpage Rilek e-Services
Sebab mainpage dia senang je.


Korang buka webpage Rilek e-Servies

Mainpage dia, ada interface macam ni.

Lepas tu, korang pilih PDRM (untuk semak saman)

Sesapa yang belum register, register dulu then baru boleh login.


Then, korang clik yang dalam box merah tu.

Korang masukkan IC korang/no. plat kereta korang.

Lepas clik "Check Summons", 
kluarkan list-list saman korang.

Fuhh..!
Nasib saman clear. Alhamdulillah..
Bolehlah renew lesen. Hehe

Yang ni contoh list kalau ada saman.
:D

Selamat mencuba!



Friday 5 April 2013

Bila Kerja Dah Siap....

Start pukul 10pg sampai lah sekarang,
Aku tak de buat apa.
Dan tak tahu dah nak buat apa.

Sebabnya, report dah hantar kat kat bos pukul 9 tadi..
Act report dah siap pagi semalam, 
Tapi kalau aku anta terus report, 
Kang mati akal tak tahu nak buat apa nanti.

So, pagi tadi dah send report by email,
Kerja aku just tengok Runningman je la sampai sekarang ni. -.-''

Part-part yang lawak tu aku kena tahan gelak.
Kang tak pasal-pasal kantoi kaann..

Dah habis running man,
Tengok Masam Masam Manis pulak..
Sekarang ni majoriti semua tengah meeting.


Tak tahu dah nak buat apa..
Pergi bank kat bawah pun,
Rasa kejap je dah naik opis balik.

Nasib hari ni Jumaat..
So mood kerja memang dah takde.
Hehehehe..

Selamat berhujung minggu korang! 

Ala-ala macam Amazing Race dorang  ni.

Wednesday 3 April 2013

WW - Al-Fatihah Untuk Kak Gee

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un انا لله وانا اليه راجعون |

Kami mendapat berita sedih, Gee atau Fauziah baru saja menghembuskan nafas yg terakhir sebentar tadi.mohon semua sedekahkan Al Fatihah untuk Gee.semoga Allah merahmati dan menempatkan Gee di kalangan yang terbaik..Fauziah telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak, suaminya Abil Fikri Ahmad menjaganya dengan penuh kasih sayang dan sanggup bekorban apa saja demi isteri tercinta hingga nafas yang terakhir. Semoga Allah menempatkan Fauziah di tempat orang-orang yang beriman. AMin..


bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengorbanan seorang suami(Abil) terhadap isterinya(Gee) boleh klik http://abil4fauziah.blogspot.com/






Kak Gee telah kembali ke rahmahtullah semalam.