Kongsi Resepi

Monday, 5 August 2013

Resepi: Sotong Masak Sambal

Last juadah untuk berbuka 4ramadhan terakhir semalam..
Ada pesan kat ayah kirim beli ayam golek,
Ayah suh aku belikan..
Pergh...
Pukul 6 baru nak keluar, 
Nak naik kete, memang payah lah bila nak cari parking..

So, tengok dalam freezer ada sotong..
Paling senang masak sambal..
Hohoho..

Nasib baik tak potong banyak sotong..
Rupanya ayah dah belikan ayam golek..
Alhamdulillah,
Rezeki untuk akhir-akhir ramadhan ni..
Penuh juadah 1 meja..

Dengan air 3 jenis.. 
Ish Ish Ish..

Malas nak cite panjang-panjang..
Tengah mood raya ni..

Bahan-bahan

BAHAN A:  (* diblender)
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Cili Kering*
  • Sedikit air*

BAHAN B
  • Sotong
  • 1 sudu sos cili
  • Garam
  • Gula
  • Air Asam Jawa
  • Kicap
  • Sedikit Air

Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dan letak minyak masak sedikit.
2. Masukkan Bahan A , tumis sehingga pecah minyak.
3. Sekarang ke BAHAN B. Masukkan sotong. Sotong akan mengeluarkan air. So, kacau dan biarkan seketika. Boleh tambah sikit sos cili.
4. Masukkan air asam jawa, dan biarkan sekejap. Agak-agak dah kering sikit (tapi boleh tambahkan sikit air untuk "kuah"), masukkan garam dan gula. Gula ni nak kurangkan kepedasan sambal dia. Kalau rasa pedas lagi, boleh masukkan sedikit kicap.
5. Kacau sehingga sebati, dalam 2-3minit, hidangkan. SIAP!



1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

yummylicious, ni mesti sedap rasanya ni...