Kongsi Resepi

Tuesday 19 September 2017

Buku ASNB Dah Boleh Simpan Buat Kenangan

Genap umur anak 1tahun 5bulan aritu,
Aku pegi ASNB untuk update buku ASB aku, anak dan suami.

Pada masa yang sama, aku minta borang kat kaunter nombor tu untuk macam mana nak daftarkan dalam portal.
Maksudnya takpayah pergi kaunter untuk update statement dalam buku.
Pape cek je dalam portal myASNB kan.

Dan baru aku tahu, sekarang tak yah gunakan buku ASB (termasuk anak aku -- ASB Remaja Ting Ting) bila nak masukkan duit and update buku.

Just bagi IC dan borang pelaburan je. 
So, dalam borang pelaburan tu lah, akan ada maklumkan baki semasa. 

Buku ASB tu? Hmm..
Katanya simpan dediam kat rumah. 
Pendek kata, setiap salinan borang pelaburan kita tu, 
Kita update je lah sendiri dalam buku ASB. 
Tulis sendiri....

System kemaskini dalam buku dah takde.
Tak syok plak kalau ikotkan, 
Takleh tengok duit keluar masuk... kehkehkeh..

Untuk Portal tu,
Korang isi borang, then pergi ke kaunter ASNB,
Bagi IC dan borang yang dah di isi tu,
Dorang akan updatekan maklumat terutamanya no. telefon untuk request TAC No. nanti.
Lepas tu, minta pengesahan cap jari, then korang akan dapat statement terkini baki semasa.

Pastikan korang dapat tau statement baki terkini.
Then, buka portal myASNB
> Daftar Sini (untuk kali pertama login)
> Klik Teruskan dan ikut langkah seterusnya.

Lepas tu,
korang akan masuk ke page Maklumat Pemegang Unit,
Iaitu masukkan semua maklumat yang dikehendaki.

Dah selesai semua termasuk dapat notification kat emel,
Boleh lah terus Log In.

Portal ni bukan setakat nak tengok statement je, 
Tapi boleh juga masukkan duit dari Bank yang ada duit gaji tu, 
Terus ke sini.

Ala, macam Maybank2u ke Tabung Haji, ke ASNB etc..

So, buku ASB tu, boleh la korang simpan buat kenangan ye..

LUPA!
Untuk anak, macam parents kan penjaga,
Acc anak tak leh register dalam portal.
Anak masih gunakan cara manual -- kena pergi ke kaunter dan minta statement acc anak.

BUKU?
Tetap tak pakai dah. Simpan je lah..






Thursday 14 September 2017

Im Back!

Assalamualaikum semua..
Setelah sekian lama mendiamkan diri dari dunia blogging,
masa ni la baru free.

Bz dengan kehidupan baru..
Kerja, keluarga baru..
Layan kerenah anak, walaupun penat, bila tengok wajak anak syurga tengah tido, hilang segala penat, stress kat tempat kerja.

Bila nak buat cerita baru kat blog ni, dan dan la anak dah bangun.
Niat di hati nak buat lepas anak tido malam, last last, dengan kite-kite tertido sekali.

Bila baca balik cerita-cerita yang pernah share dalam blog ni, rasa macam lucu..
Betul ke apa yang aku tulis ni...? kehkehkeh..

Hari ni, 14.September.2017,
Malaysia dikejutkan dengan berita Pusat Tahfiz terbakar di Jalan Dato Keramat.
Allahu.. Anak-anak syurga.. InshaAllah..

Bila da jadi seorang ibu ni, naluri tu rasa lain je.
Ntah kenapa masa tengah tengok anak tido tadi, tetiba fikiran ni melayang teringat video dimana semasa api tengah marak, kedengaran suara anak-anak syurga menjerit meminta tolong.

Paling kecik, umur 7 tahun.
Bila pandang wajah anak sendiri yang tengah tido, taktahu kenapa emosi tetiba.
Tu baru yang duk asrama yang ada ibu bapa.

Yang had anak yatim -- duk dirumah anak yatim..
Umur baye-baye anak -- setahun lebih. Kita ni boleh la layan kerenah dia, tengok dia setiap masa.
Yang duk di rumah anak yatim tu, bukannya boleh hadap 24jam. Kasih sayang pun share-share.
Berdikari..

Emosi tetiba.
Allahu... Apatah lagi anak-anak syurga yang terperangkap dalam kebakaran di Tahfiz tersebut..
Berlari ke bucu bilik untuk selamatkan diri..

Haiiihh...
Syurga tempat mu, wahai anak-anak.




Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Friday 13 March 2015

Throwback -- Harijadi Sebelum Tukar Status

Throwback --
Tahun 2014 punya cerita. Hihi..
Dari rugi taip panjang2 pastu simpan macam tu je dalam draft, baik publishkannn..
 Lepas bertunang, blog ni aku biarkan bersawang macam tu je.. Rasa rugi kalau stop kan...

---------

Birthday kitorang selang sebulan je.. Memang ngam-ngam je sebelum ikat tali pertunangan..
So, modal utk birthday tahun ni, kitorang dah laburkan ke majlis pertunangan. Hihi..

Jadinya, kitorang pergi makan-makan je...
Birthday aku -- 8Mei, hari bekerja, tahun lepas ada delivery bunga kat ofis,
Nak cuti memang boleh, tapi dalam intranet portal ofis, ada kluar nama saya sambut lahir hari ni. 

Lepas balik kerja, baru jumpa chentahati.. Pegi MidValley je, makan kat Colisuem Cafe & Grillroom, rasanya baru buka, bersebelahan dengan TonyRomas tak salah, kat LowerGround Floor. 

Colisuem Cafe ni mainplace dia kat Jalan TAR tu, depan Kamdar. Harga standard je.. Sama macam Chilis, Tony, TGi.. 

Lepas dah dinner kat situ, gi makan kek kat SR plak. Hihi.. Lepak je situ sampai mall tutup. 

4hari sebelum majlis, 4 Jun, harijadi chentahati plak. Dia gelarkan diri dia -- KING. 
Sooo, aku kenalah layan kerenah dia. Hadiah? Takde..
So, belanja sarapan, tengok double movie, desert, dan dinner. Dasyat nana hang punya harijadiii!!

Tu last jumpa sebagai status bujang. Hihi.. Tahun depan dah boleh bercuti mana-mana...


Saturday 28 June 2014

Farewell Dan Makan Tengahari

Projek kat PNB dah close deal, so, team kitorang kena balik ke HQ. Sebelum sume kene transfer ke projek lain termasuk aku yang akan resign, bos ajak pergi lunch sebelum nak puasa ni.

Lastday sebelum balik HQ
So, bos decide nak makan kat Kenny Rogers, Aeon AU2. Team kitorang 14 orang je umpama reunion.
Kejap je dah setahun setengah dengan dorang. Masa kat PNB dulu, macam-macam aku belajar. Sampaikan kerja hari weekend lah.

Kitorang ada 5perempuan dan selebihnya lelaki. So nak cuci mata, harapanlah! Sebab sumenye bapak2 orang, bak kata Kak Hai, nak jadi no.1 takde, yang ada no.2,3 dengan 4 je tinggal. Hihihihi

 

Tu dulu, skang tinggal 3 perempuan dan 7 lelaki. Kalau aku sorang je, then dak laki yang lain nak kluar gi minum/breakfeast, aku ikot!! Tak berani aku tinggal sorang2. Sebab tempat kitorang duduk ni, bangunan ni dah kosong dalam setahun lebih. Yang had ramai orang, bangunan lagi 1.

Aku menghitung hari last day kat sini. Skang ni dalam 2 minggu, duk pergi balik kerja, sampai ofis, surf internet je. Yang kena block, mediasocial, nasibbaik blogspot dorang tak blok.

  
Farewell sebelum dorang pergi projek lain. Ada yang nak resign -- aku lah tu. Hihi