Kongsi Resepi
Showing posts with label raya2013. Show all posts
Showing posts with label raya2013. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

Salam Aidiladha

Raya Aidiladha tahun ni macam spoil giler..
Rasa sedih sangat, sebab tak dapat merasa daging korban kat area rumah..
Ayah cite, yang lembu orang surau booking kat pembekal tu, 
Dia gi bagi lembu booking tu kat orang lain..
Haiihh. Apelah buat macam tu...

Kalau replace pun dengan lembu yang lain,
Tetap tak sama...

Macam biasa, pagi raya, 
Solat, then makan rendang, ketupat , pulut kuning..
Kalau area pantai timur meriah lah raya qorban ni..

Kite meriah masa raya aidilfitri..
Dalam pukul 12tghari,
Budak-budak sibuk duk tanya, tak gi mane2 ke..
Seboleh2 nak kluar juga,
Dapat window shopping kat mall jadi la..

Ntah macam mane,
Makcik aku ajak gi Cheras,
Ziarah adik ipar dia..
Elok dari 4org, terus jadi 10org..
Sapa2 tanya, nak gi mana.. JAWAPAN SAKIT HATI -- Nak ikot, siap je..
Tu yang tetiba ramai tu..

Dalam pukul 5ptg nak balik Sg buloh balik (rumah atok)
Then tetiba ada idea nak gi IKEA..


Gigih ko gi IKEA pakai baju kurung, jubah haaa..
Ingatkan kiteorang je.. Rupanya ramai yang wat macam tu..
Siap ada yang berbaju melayu..
Dari windowshoping terbeli plak 2-3 barang.
Then bawa dorang ni gi makan.

Pantang ada tempat kosong kat hiasan dalaman tu, 
Semua nya nak berhenti then tangkap gambar..
Bukan untuk simpanan, tapi saje dorang ni gatal nak send kat wechat nak bagi jeles sapa yang ikot tu..

Hari ni, dah mula keje..
Tu je la raya Qorban untuk tahun ni..
Macam tak rasa kemeriahan raya tu.. 
Dah nak hujung tahun dah ni..

 

Monday, 2 September 2013

"Openhouse" Di Department Client

Alhamdulillah...
Rezeki arini..
Client kitorang ada buat openhouse..
Wiwiwiwiwi..

Aku ni vendor je pun..
So IT department kt PNB buat openhouse..
Semua vendor dorang invite..
Dan pada masa yang sama vendor lain -- Heitech Padu pun buat..
Kitorang Jumaat ni baru nak buat makan-makan.

Makanan banyak sangat..
Rasa sana sikit, sini sikit..
Tup tup kenyang dah..
Tak boleh dah nak masuk makanan lagi..

Pengatdurian, nasi minyak & lauk-lauk, 
Laksa, Mee Rebus,
Rainbow cake, makaroni bakar, satay, KFC, 
Kek coklat, kuih raya, nasi impit, 
Desert dan dan dannnn semputtt~~ 

Mata dah kuyu ni,
Sat lagi nak g openhouse HeitechPadu kat tingkat 2 plak..
Kejap je minggu akhir syawal..
Save duit makan untuk hari ni..

Balik dari ITD, dorang bagi buahtangan..
Kelapa jelly, wajik dengan KFC seketol..


Mata dah mula kuyu-kuyu ni...

Thursday, 15 August 2013

Kemeriahan Raya 2013 - Raya Pertama

Selamat Hari Raya you'olls..
Selamat kembali bekerja arini..
Mesti mood ke laut ni..
Kehkehkeh..

Malamraya tu berbuka puasa ramai-ramai kat kg..
Meriahnyaaa..
Sampaikan masa masak rendang pun tak perasan yang dah masuk waktu berbuka..


Balik kerja je,
Dalam pukul 4ptg, terus balik sg.Buloh..
Ramainye sedara dah sampai..

Nasibbaik baju raya dah siap iron..
Takde la nanti nak Q iron sebelum tido ataupun pagiraya kann..

Baju raya ada yang aku recycle balik..
Macam baju kebaya pink aku pakai sekali je masa raya pertama kat Melaka 2tahun lepas,
So, aku recycle untuk pakai masa raya kat Sg.Buloh ni..
Bagi aku recycle, bagi dorang, baju baruu.. kehkehkeh..

Terkilan sangat, xde gambar family macam ni secara formal. Raya haji nak repeat balik.
Tema tahun ni purple+merun..
Lebihkuranglah.. 
Tapi paling meriah tema pink color.. Hohoho..

Atok, Pakcik, Sepupu.


Juadah berbuka puasa, telan ailioo..

 





Kiteorang kutip duit raya memang macam ni.
Sapa yang duk depan tu la yang kene tolak
Yang collect duit raya berumur dari 4thn-35thn.
Lepas dah settle sesi maaf-maaf, collect duit raya, 
Jom kite ke rumah terbuka PM, kat Putrajaya..
Ni tahun kedua..
Kalau sebelum ni, petang raya, 
Family aku dah balik Melaka,
Tapi semenjak 2-2 arwah atok ngan nenek dah takde,
So, raya kedua baru balik Melaka..

Dorang nak g rumah terbuka bukan sebab makan,
Tapi nak tapau makanan bahan mentah..
Tu yang raya tahun ni, 4hari berturut-turut makan mee jee..
Yela, bawa balik mee banyak giler..




Otw nak balik Sg. Buloh,
Singgah umah jap..
Nak tengok si gedik ni buat apa..
Semalam kiteorang balik kg, dia keluar..
Bila masuk rumah, kemain bising mulut tu..
Nak tinggalkan dia selama 5hari kat rumah haa..
Buka tingkap sikit untuk laluan dia keluar masuk rumah..


Iman ngan nemo, memang takdapat dipisahkan.
Esok masa otw nak balik Melaka,
Ada dugaan yang datang.. nanti aku storymory..
Nak g lunch ni, bye!!
Atas: Sampul yang aku bagi kat dorang.
Bawah: Sampul yang aku dapat hasil berebut, tolak-tolak masa collect duit raya..
Wiwiwiwiwiwi..

P/S: Ni gambar semua dari iPong, dari camera belum transfer lagi. Kalau dah transfer aku update terus.