Kongsi Resepi

Friday 26 July 2013

Iklan Raya Yang Ohsem

Setiap kali tiba perayaan,
Tak kiralah hariraya ke, gong xi fa cai ke, deepavali ke ataupun krismas,
Mesti ada iklan perayaan..

Paling tertunggu-tunggu iklan dari Petronas,
Lepas tu dari arwah Yasmin Ahmad,
Dan paling terbaru tahun lepas, Bernas.

Petronas lah yang paling best..
Paling legend yang ibu tunggal ada 10org anak lelaki tu..


Tagline masa raya: Ntah lerr, da habiss.. Kalau ada, naseblerr..

Tahun lepas,
Iklan raya dari Bernas,
Lain dari yang lain..
Dan sapa sangka,
Meletop you'olls pelakon kanak-kanak tu..
Ala, yang 2 orang kawan baik,
Sorang boleh lihat tapi takleh cakap,
Lagi sorang tak lihat, tapi petah bercakap..
Pagi raya mandi kat masjid, siap kat masjid,
Lepastu pergi kubur..
**aku takleh sambung sinopsis, ni mata dah berair dah ni..**


 Aduhh, syahdu masa 1st time tengok iklan tu..
Tengok berkali-kali pun sedih jee rasa...

Harini,
Dah kluar iklan petronas..
Tu pun tengok kat utube..
Sebab sepanjang Ramadhan ni jarang buka tv..


Bile review balik iklan lama2, 
Memang best...

Dah terasa bahang nak beraya ni..
Kad raya dah dapat,
Kuih raya karang collect,
Lagu raya dah mula pasang kat corong2 radio..
Selamat bershopping ;)

Thursday 25 July 2013

Untuk Pertamakalinya Iftar Di Luar -- SushiKing

Alhamdulillah, 
Dah setengah bulan kite berpuasa..
Lagi 2 minggu ramadhan nak ke penghujung :(
Kejapnyaa..

Dan juga Ramadhan tahun ni,
Pecah rekod, 
Selama 2minggu you'olls ahkak tak berbuka diluar.
Wiwiwiwiwi..

Hari Ahad aritu,
Keluar ngan chenta-hati..
Mencari dan juga men-survey something.. Huihui..
Dari pukul 1ptg bawalah sampai ke pukul4ptg,
Walaupun tak berjalan,
Yelah, dukdalam kete je tapi kene alertlah kalau terjumpakan..
Tapi rasa letihsangat..

So, dalam pukul 5ptg gerak terus ke Mid..
Sambil2 tu survey juga buffet yang ada area OU, IKEA,PICC kann..
Tapi yang dekat ngn kiteorg masa tu, Mid je..
Terus g book Fish Mahattan, PizzaHut, Belanga,Kenny Rogers -- Tapi semua dah reserve..
Tetiba chenta-hati request nak berbuka makan Sushi, 
Bile pergi ke, dorang kate kene walkin around 7pm..

Sementara tunggu pukul 7 tu,
Kiteorg gi main bowling..Hahahaha..
Penat ok, 
Pukul 645ptg tu terus ke SushiKing,
Tu pun dah ramai orang beratur..
Kiteorg masa tu Q yang ke 7..
Tapi yang paling depan tu pun kene tunggu sit clear dulu..
1 je kadang2 aku heran,
Time kite nak buka ni lah, 
"Dorang2" ni sebuk juga nak "bukaaaa!!"



Sebelum pukul 7 tu, 
Taknak plak korang "bukaaa" kan..
Dan ada juga yang tak reti2 nak bangun bile kite yang nak berbuka ni..
Ishh..

Ada yang tanya, 
Kenyang ke makan Sushi..?
Kalau makan yang atas pinggan bergerak tu, 
Memanglah tak kenyang..
Kiteorg buka pun amek set..
Aku dah lupa nama dia walaupun ni yang selalu diorder..
kehkehkeh..

Masa nak buka tu,
Semua dok aku pandang kau, kau pandang aku..
"eh dah buka belum..?"
Orang kate jangan was was kan..
Bila tengok kat jam dah pukul 7.33mlm.
"Allahummalakasumtuu....."




Alhamdulillah rezeki yang engkau berikan pada kami, Ya Allah..

#Tertelan ailio bile tengok gambar atas nii

Friday 19 July 2013

YA Allah Best nya...

Alhamdulillah, 
Dah 10ramadhan kite puasa kaaann..
Dan juga ni Jumaat kedua di bulan ramadhan..

Ada lagi 20hari Ramadhan akan meninggalkan kite..
Kejap nyeee masa berlaluuuu..

Aku ada jumpa 1 video kat bawah ni..
Subhanallah...
Bergelinangan air mata bila dengar Ustaz Abdullah Khairi ni bercerita...
Untung bagimu yang meninggal di Kota Suci Mekah..

Mari kita muhasabah dan renungi kisah seorang hamba Allah meninggal bersama kain ihram..


Al Fatihah buat Pakcik yg Meninggal Dunia dengan Kain Ihram ..
YA Allah Best nya ..

Puisi Ni Bukan Dari Dayana, Tapi......

Semalam,
1 fenomena yang berlaku di wall facebook..
Off 2,3jam FB,
Pastu log-in balik, still kecoh pasal puisi ni..

AcapMuslim (BukanNamaSebenar), dah kecoh pasal dia kawen lagi sorang di Thailad...
Tanpa pengetahuan isteri dia..
Ada yang kate sebab zuriat..
Ada yang kate sebab... Ntah, aku pun tak ikut sangat perkembangan dia..

Tapi yang pasti,
Puisi ni tetiba ramai plak orang share..

Puisi ni nukilan dari Ana Hawana..
Kata nya, dia sesaja nak tulis kat wall...


So, sesapa yang copy puisi tu,
May ALLAH bless u, Dayana!
Dorang tak copy habis,
Terjadilah salah sangka disitu..
Yelah, kang suami dia ingat binik dia saje malukan dia..
Bersabarlah wahai Dayana,
Dugaan dibulan mulia ni..

Ni statement dari Ana Hawana sendiri..
bukandayana
Kredit to: RotiKaya

Kredit to: Lekit Gurl

Kredit to: Lekit Gurl

Yang ni aku copypaste je dari wall oranglain :D
------


"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami !
Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..
Andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! 
Percaya pada ketentuan ! 
Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..
Kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

*******

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...
May Allah bless u, Dayana!!
Photo: tetiba rasa sedih baca Nukilan Dayana,hukhuk!!

copy paste!!

sedihnya baca nukilan Dayana.

"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...

Wednesday 17 July 2013

WW: P I X A R

Selalu tengok kan kat panggung wayang sebelum movie start?
Wiwiwiwiwiwi


Friday 12 July 2013

Bekalan Moreh Di Bulan Puasa

Alhamdulillah, dah masuk 3ramadhan kann..
Kejap je rasanyaa..
Dan malam ni malam ke 3 bertarawikh.. ;)

Kat area rumah aku ada dalam 3 surau dan 2 masjid..
Paling dekat masjid RTM Angkasapuri tu..
Jalan kaki dalam 10minit sampai.. 
Kalau surau confirm dah penuh kann..

Ni tahun ke 3 aku bertarawikh kat masjid RTM, 
Hari-hari berulang alik,
Macam tak cayaaa...
Dan nak dekat2 raya akan ada rakaman takbir raya you'olls..

Semalam lepas tarawikh ada tahlil untuk arwah kejap..
Then balik tu, dapat bekalan "fruitcake"..
Adik laki aku dapat mee goreng -- Alhamdulillah...
Kite orang pompuan takkan nak duk situ makan kan,
Amek 1 dan bawa lah balik..


Teringat plak 2 tahun lepas,
Ada orang sedekah kan ayam golek 1 bungkus..
Bukan setengah ekor, tapi sekor ayam golek haaa..

Masa tu aku dah amek 1 dan tak tahu plak mama pun amek sama..
Bile balik tengok2, sekor haa..
Jenuh nak abeskan sekor tu time sahur..
Semoga dimurahkan rezeki yee untuk yang bersedekah tu..

Ni aku ngah fikir nak buat bekalan/makanan apa untuk event anak yatim lagi 2 minggu ni..
Hmmm..
Any Suggestion??

Empat Bulan Kemudian

Hari ni genap 4bulan kerja kat tempat baru.. 
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..
Adat bekerja, ada pasang surut dia kaann..

Wekend 2minggu lepas aku kene kerja,
So, bos bagi book off -- cuti weekdays ;)
Kalau cuti weekdays, sure-sure boring tak de g mane..

Barulah aku teringat,
Baju kurung yang aku tempah kat officemate lama, 
Tak amek-amek lagi..
Lama betul diperamnyaa..

So da alang-alang cuti 3jun2013 tu, 
Jum kite terjah dorang kat tempat keje..
Workstation lama..

Benda tak dirancang,
Kalau dirancang, tak jadi plak plan kan..

Dating ngan chenta-hati dalam tengahari,
So, sempatlah pagi tu g terjah dorang..

Paling best of course la kan tempat jauh lagikan dikenang inikan pula tempat bergosip you'olls!
Hehehehe...
Nak naik atas pun aku cam tak percaya dah sampai sini..



Masuk bilik NMS tak sempat bagi salam -- "SURPRISEEEEE"
Hahahaha..

Dari pukul 830-2ptg lepak kat sana..

Nasib baik dorang tak bz..
Allah permudahkan segalanyaa :)

Jumpa Aisa, Ben, Apis, Hazri, Khairul 
Hahahaha.. Ada moment yang paling kelakar..
Orang kate, angan-angan jadi realiti haa gitu..
#Aisa, jangan gelak!!
Mak never masa tuuu







Staff sana ingat aku datang nak anta kad kawen..
Amboi... 
Mungkin next trip InsyaALLAH :D
Semua dah kawen ye kecuali Aisa and Hazri..
Wiwiwiwiww  c(=

Masa cepat betul berlalu..
Pukul 2 dah gerak, jumpa chenta-hati plak..
3minggu you'olls tak jumpa dia. 
Jumaat dah fly ke Terengganu..
Minggu depan plak dah puasaaa kaaann.. 

BTW
Dalam bilik NMS ni, 
Kiteorg ber2 je pompuan..
Bila aku da resign, Aisa tinggal sorang,
Budak yang replace aku tu lelaki =.=''
Kiteorg vendor yang berlainan company.. 

Thursday 11 July 2013

Resepi : Ayam Masak Kari

Bulan puasa ni, 
Mesti skarang tengah running kat otak tu fikir nak buka apa,
nak masak untuk berbuka kaaannn

Dah lama rasanya tak share resepi kat sini..
Lagipun weekdays kadang-kadang mama tak masak, 
Beli lauk kat luar je,

Mama n Ayah running bisnes dobi, 
Adik plak sekolah, keje,
So jumpa time malam je..

Weekends plak rasanya jarang dapur berasap..
Dengan undangan kenduri kawen, 
Kadang-kadang makan kat luar..

Hari minggu hari tu, tetiba teringat nak masak berlaukkan ayam..
Hurmm...
Tengok bahan yang ada kat rumah, boleh la masak kari ni..

Bahan-bahan

BAHAN A: 
  • Rempah 4 beradik
  • Minyak Masak

BAHAN B (ditumbuk/dipotong hiris)
  • Bawang Merah 
  • Bawang Putih
  • Halia

BAHAN C: 
  • Serbuk kari ayam (Adabi)
  • Ayam
  • Santan
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Kentang
  • Daun Kari

Cara Memasak:
1. Panaskan periuk dan letak minyak masak sedikit.
2. Masukkan Bahan A. Kacau sekejap.
3. Masukkan Bahan B , tumis sehingga naik bau.
4. Sekarang ke BAHAN C. Masukkan serbuk kari ayam (dicampur dengan sedikit air), kacau sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati.
6. Lepas tu letak santan dan campur sedikit air.( ikut citarasa, ikut la nak pekat mana, lagi banyak lagi pekat) Dan masukkan beberapa helaian daun kari..
7. Biarkan ayam dan agak-agak nak masak, masukkan kentang dan secukup garam.
8. Bila kentang dah empuk, maknanya dah SIAP!!



P/s: Kalau nak rasa pedas, letak cili boh sikit masa step 4 :)

Rasa Dah Macam Rutin Pulak!

Lamanye tak update cerita..
Apa benda nii!!!
#Lap skrin monitor dengan tapak tangan..

Hurmmmmm...
Bulan 5 haritu balik kg..
Melaka je pung. Hehe...

Rumah arwah nenek&arwah atok. Boleh la nak letak 20bj kete dalam 1 masa.
Tapi sekarang, Maklang yang jaga rumah ni.

Percayalah, 
Walaupun kg kat Melaka, area town,
Tapi ni first time aku g minum coconut shake original kat Pantai Klebang..

Sebelum ni mmg nak pergi, 
Tapi tau je lah, sana jem dia tak agak.
Jem pun sebab simpang nak masuk ke Coconut Shake tu je pun..
Nak sedapkan ati, 
Kazen ajak pergi ke Batu Berendam.

Berbaju kurung you'olls!!
Srius, tak sedap sangat and spoil dengan chocolate rice tu.
Dan tak rasa serpihan kelapa. -- Tu bagi aku lah kan -- 
Dan harga dia macam mahal -- mungkin.

(Ehsan dari pakcik google)

(Ehsan dari pakcik google)
(Ehsan dari pakcik google)
So, sebelum balik KL,
Aku paksa ayah aku gi Klebang walaupun jem.
Dan pada masa yang sama, Paklong ada bagitau ada muzium Kapal Selam. -- Ada harapan ni!!

Gi la dulu Muzium Kapal Selam tu.
RM 1 sekali masuk ye..
Masuk-masuk bau minyak enjin..
Laluan dia boleh sorang je lalu..
Sempit tak sempit laa.. 
Dengan tiupan angin laut Selat Melaka, alahai...
  
 
Maklang!
  

Dah habis pusing sekeliling,
Joooomm ke coconut shake!!
Tempat yang sentiasa ramai.
Tapi dia ada 2 tempat tau, 1 takeaway (tepijalanje)


Lagi 1 minum -- dorang ada sediakan parking kat dalam


Bagi aku, minum lagi cepat dapat, 
Sekarang sistem dah bertukar, 
Bayar dulu kat cashier termasuk kuih+nasilemak+air, duduk, letak resit atas meja, staff akan tanya berapa cawan, then dia cop resit, minum!!
Ingatkan 1 cawan RM2.50-RM3.00, rupanya RM2.20 je..






Ni lah coconut shake yang paling ohsem!!
Dengan aiskrim+terasa kelapa diaa...
OMG!! Nasi lemak dia memang sedap..

Minggu lepas balik kg lagi sekali sebab ada kenduri nak sambut bulan puasakan,
So nak pergi Coconut shake, kene la g tengok kapal selam dulu..
Sebab adek aku lagi 2 org tak pernah masuk lagi..
Macam biasa, repeat cite kat atas tu bile nak g coconut shake.
Hahahaha


-- Dugaan plak cite pasal coconut shake hari pertama puasa ni --