Kongsi Resepi

Tuesday 19 September 2017

Buku ASNB Dah Boleh Simpan Buat Kenangan

Genap umur anak 1tahun 5bulan aritu,
Aku pegi ASNB untuk update buku ASB aku, anak dan suami.

Pada masa yang sama, aku minta borang kat kaunter nombor tu untuk macam mana nak daftarkan dalam portal.
Maksudnya takpayah pergi kaunter untuk update statement dalam buku.
Pape cek je dalam portal myASNB kan.

Dan baru aku tahu, sekarang tak yah gunakan buku ASB (termasuk anak aku -- ASB Remaja Ting Ting) bila nak masukkan duit and update buku.

Just bagi IC dan borang pelaburan je. 
So, dalam borang pelaburan tu lah, akan ada maklumkan baki semasa. 

Buku ASB tu? Hmm..
Katanya simpan dediam kat rumah. 
Pendek kata, setiap salinan borang pelaburan kita tu, 
Kita update je lah sendiri dalam buku ASB. 
Tulis sendiri....

System kemaskini dalam buku dah takde.
Tak syok plak kalau ikotkan, 
Takleh tengok duit keluar masuk... kehkehkeh..

Untuk Portal tu,
Korang isi borang, then pergi ke kaunter ASNB,
Bagi IC dan borang yang dah di isi tu,
Dorang akan updatekan maklumat terutamanya no. telefon untuk request TAC No. nanti.
Lepas tu, minta pengesahan cap jari, then korang akan dapat statement terkini baki semasa.

Pastikan korang dapat tau statement baki terkini.
Then, buka portal myASNB
> Daftar Sini (untuk kali pertama login)
> Klik Teruskan dan ikut langkah seterusnya.

Lepas tu,
korang akan masuk ke page Maklumat Pemegang Unit,
Iaitu masukkan semua maklumat yang dikehendaki.

Dah selesai semua termasuk dapat notification kat emel,
Boleh lah terus Log In.

Portal ni bukan setakat nak tengok statement je, 
Tapi boleh juga masukkan duit dari Bank yang ada duit gaji tu, 
Terus ke sini.

Ala, macam Maybank2u ke Tabung Haji, ke ASNB etc..

So, buku ASB tu, boleh la korang simpan buat kenangan ye..

LUPA!
Untuk anak, macam parents kan penjaga,
Acc anak tak leh register dalam portal.
Anak masih gunakan cara manual -- kena pergi ke kaunter dan minta statement acc anak.

BUKU?
Tetap tak pakai dah. Simpan je lah..






No comments: