SundayBlues hari ni dah kena tagged oleh Cik Adieb. Ni kire 1st time lah ditagged. Kena plak join segmen Cik Mun. Huhu. TQ Adieb coz tag kite yee.. Kalau sapa-sapa yang nak join, boleh pergi ke link ni. Kena la refresh balik cikgu kesayangan masa alam persekolahan dulu. Dulu mana ada FB ni. So, gambar terkini takdelah yee..
Cikgu yang menjadi pilihan ataupun kesayangan lah kirenya masa sekolah dulu, ialah arwah cikgu Rastam. Dia merupakan guru kelas aku masa darjah 6 dan juga guru untuk bahasa melayu untuk tahun 6. Arwah cikgu terkenal dengan guru sukan dan juga guru karangan di kalangan murid tahun 6. Dia akan pakai formal masa hari isnin je, hari biasa pakai baju sukan.
Bila ketua kelas bagitau cikgu malas tak masuk kelas sebab ada meeting, kiteoorang memanglah suka, tapi jangan ingat boleh bebas. Arwah cikgu akan bagi pesanan kat ketua kelas suruh buat karangan, tak kiralah karangan tajuk yang dibagi ataupun karangan salin balik dalam buku teks. Sampaikan ada soalan karangan yang keluar dalam exam dan UPSR. Berkatkan cikgu suh buat karangan je manjang. Hehe.
Kadang-kadang kiteorang buat karangan then lawan siapa yang paling cepat siap. Hahaha. Memory masa tue. Budak-budak kannn..
Masa aku form 5, aku dapat berita dari adik aku, sebab adik aku sambung generasi sekolah rendah kat sekolah yang sama. Cikgu meninggal sebab accident balik dari khusus di Melaka. Masuk paper & tibi masa tue. Rasa macam tak percaya. Tapi, Allah lebih sayangkan arwah. Masih terngiang-ngiang kat fikiran ni terkenang kisah sekolah rendah dulu. Moga roh arwah cikgu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.
#Sumber: Majalah Sekolah 1998 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Memandangkan kene tagged 3 blogger lain untuk join contest ni, so, aku tagged: Ira Trarara Belitiaq Sat AyueJean |
No comments:
Post a Comment