Untuk sedia maklum, bila kita kawen, cincin akan disarungkan di jari manis. Tapi pernah tak terfikir kenapa dijari manis, bukan di jari lain? Adakah sebab ia runcing? Ataupun terikut-ikut orang lain?? Tapi yang pasti kenangan perkahwinan adalah merupakan saat manis maka moleklah ia disarungkan di jari manis.#Ye kee?
Setiap orang pasti meimpikan sebuah perkahwinan sebagai suatu peristiwa yang paling best untuk sekali dalam seumur hidup serta mendapatkan pasangan hidup yang setia dan selalu ada disamping kita, dalam masa suka mahupun duka. Kerana itulah, ia dibuktikan secara logik, yang jari manis kita ni sebagai "perlabuhan" cincin pernikahan yang susah dipisahkan bila dah disatukan.
Takpelah, kat sini aku sharekan teori mengapa ia berlaku.
#Alahai tangan adik aku
Sila amati teliti maksud yang diberikan. Korang hanya perlu melakukan sedikit gerakan kerja pada jari korang untuk merasainya. #Ecececeeh.. Da stanby-by letew tangan korang macam kat atas ni kan. Hehe..
1. Temukan tapak tangan kiri dan tapak tangan korang. Lepas tu, jari tengah dilekokkan ke dalam. Macam gambar kat atas ni ye.
2. Kemudian, 4jari yang lain dipertemukan hujungkan. Dah?!
3. Ok. Permainan dimulakan, 5 pasang jari tetapi hanya sepasang je yang tak terpisah. #Jari hantu tu lah.
4. Tak faham? Takpee, kat bawah ni baru korang akan nampak dan faham. Pastikan tangan korang sekarang macam gambar di atas ni ye.
5. Cubalah buka/ ibu jari korang.
Ibu jari mewakili orang tua. Ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati, dengan demikian , orang tua akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
6. Rapatkan balik ibu jari korang #maksudnya, seperti sediakala macam gambar di atas ni.
7. Kemudian buka jari telunjuk korang.
Jari telunjuk mewakili kakak/abang dan adik korang. Mereka memiliki keluarga sendiri sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
8. Rapatkan balik jari telunjuk korang, dan buka jari kelingking a.k.a jari
Jari kelingking ni mewakili anak-anak korang, cepat atau lambat, anak-anak korang akan meninggalkan korang juga.
9. Rapatkan balik jari kelingking, SEKARANG, bukalah jari manis korang tempat dimana kita disarungkan cincin perkahwinan korang, dan mesti hairankan kenapa jari tersebut susah nak dibuka/dijarakkan. Sebabnya:
Jari manis mewakili suami isteri, selama hidup korang dan pasangan korang akan terus melekat antara satu sama lain.
Notepad:
Tuhan benar-benar membuat keajaiban mengenainya, Samada mahu percaya atau tidak, terpulang.
No comments:
Post a Comment