Kongsi Resepi

Saturday, 31 March 2012

Earth-Hour 2012

Setiap tahun dalam bulan Macrch, diantara jam 8:30mlm -9:30mlm di seluruh negara akan menyambut Earth-Hour dimana seluruh dunia akan memadamkan lampu untuk membuat simbolik yang mewakili keperluan untuk menjimatkan bekalan elektrik dan akan memperbaharui kepada tenaga alternatif. Setiap hari kita memerlukan bekalan elektrik. So, setahun sekali selama sejam je untuk kita rehatkan bekalan elektrik  
#Tapi rasanya TNB rugi banyak ni. 

#Earth-Hour 2012 di kawasan rumah aku
Sekejap je da setahun berlalu, rasa macam baru je sambut earth-hour 2011. 
Korang pulak macam mane?? 

Earth-Hour 2012 | Bukan Sekadar Padam Lampu


 EVERYONE HAS POWER TO CHANGE THE WORLD


Jangan lupa ye malam ni, pukul 8:30-9:30 malam. Tak lama pun, sekurang-kurangnya kita dapat membanteras pemanasan iklim global oleh WWF ( Wolrd Wildlife Fund) yang dipelopori oleh WWF Australia untuk mengurangkan  pemanasan global. Kemudian, tahun ke tahun Earth Hour di sambut baik oleh masyarakat dan pemerintah di seluruh dunia.

Kenapa Perlu Tutup Lampu?
Earth Hour bertujuan untuk mendidik masyarakat dunia tentang ancaman perubahan iklim yang berlaku di samping menerbitkan kesedaran dalam diri individeu bagaimana perubahan kecil boleh menyumbangkan kepada perubahan besar rutin seharian. Bayangkan bumi yang tidak mampu lagi untuk menjadi tempat anda berteduh, menyebabkan kehidupan jadi kelam, dan tidak mampu untuk berbuat apa, menjalankan kehidupan. Itu yang aku faham lah disebalik simbolik pemadaman lampu selama sejam ni.

Sejarah Earth-Hour
Untuk mengetahui sejarah Earth-Hour saban tahun sejak tahun 2004 sehingga sekarang, boleh rujuk di laman rasmi Earth Hour 2012. Yang pastinya, negara kita mula menyertai kempen Earth Hour ni sejak tahun 2009. Dan pada tahun 2009 lah banyak negara yang menunjukkan minat untuk menyokong usaha WWF ini.
Jum kita imbas kembali masa tahun pertama negara kita menyertai kempen Earth Hour 2009.

#KLCC, Malaysia yang sedia bergelap
#Menara Eiffel di Paris .. Eiffel I'm in LOVE!


#Burj Al-Arab yang mengagumkan pun padamkan lampu!

So, adakah korang bersedia padamkan lampu selama sejam selama ini 8:30-9:30malam? Jangan sekadar padamkan lampu, tapi tak tahu simbolik di sebalik pemadaman lampu ini!

Friday, 30 March 2012

Mengapa Cincin Kawen Di Pakai Di Jari Manis?

Untuk sedia maklum, bila kita kawen, cincin akan disarungkan di jari manis. Tapi pernah tak terfikir kenapa dijari manis, bukan di jari lain? Adakah sebab ia runcing? Ataupun terikut-ikut orang lain?? Tapi yang pasti kenangan perkahwinan adalah merupakan saat manis maka moleklah ia disarungkan di jari manis.#Ye kee? 

Setiap orang pasti meimpikan sebuah perkahwinan sebagai suatu peristiwa yang paling best untuk sekali dalam seumur hidup serta mendapatkan pasangan hidup yang setia dan selalu ada disamping kita, dalam masa suka mahupun duka. Kerana itulah, ia dibuktikan secara logik, yang jari manis kita ni sebagai "perlabuhan" cincin pernikahan yang susah dipisahkan bila dah disatukan.

Takpelah, kat sini aku sharekan teori mengapa ia berlaku.

#Alahai tangan adik aku

Sila amati teliti maksud yang diberikan.  Korang hanya perlu melakukan sedikit gerakan kerja pada jari korang untuk merasainya. #Ecececeeh.. Da stanby-by letew tangan korang macam kat atas ni kan.  Hehe..

1. Temukan tapak tangan kiri dan tapak tangan korang. Lepas tu, jari tengah dilekokkan ke dalam. Macam gambar kat atas ni ye.

2.  Kemudian, 4jari yang lain dipertemukan hujungkan. Dah?!

3. Ok. Permainan dimulakan, 5 pasang jari tetapi hanya sepasang je yang tak terpisah. #Jari hantu tu lah.

4. Tak faham? Takpee, kat bawah ni baru korang akan nampak dan faham. Pastikan tangan korang sekarang macam gambar di atas ni ye. 

5. Cubalah buka/ ibu jari korang. 
Ibu jari mewakili orang tua. Ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati, dengan demikian , orang tua akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

6.  Rapatkan  balik ibu jari korang #maksudnya, seperti sediakala macam gambar di atas ni.

7.  Kemudian buka jari telunjuk korang.
Jari telunjuk mewakili kakak/abang dan adik korang. Mereka memiliki keluarga sendiri sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

8. Rapatkan balik jari telunjuk korang, dan buka jari kelingking a.k.a jari korek telinga paling kecik tu. 
Jari kelingking ni mewakili anak-anak korang, cepat atau lambat, anak-anak korang akan meninggalkan korang juga.

9. Rapatkan balik jari kelingking, SEKARANG, bukalah jari manis korang tempat dimana kita disarungkan cincin perkahwinan korang, dan mesti hairankan kenapa jari tersebut susah nak dibuka/dijarakkan. Sebabnya: 
Jari manis mewakili suami isteri, selama hidup korang dan pasangan korang akan terus melekat antara satu sama lain.

 Notepad:
Tuhan benar-benar membuat keajaiban mengenainya, Samada mahu percaya atau tidak, terpulang.



Tawakal Dan Redha Dalam Cinta

Ramai yang bertanya. kenapa kita perlu setia sedangkan kekasih kita itu belum tentu jadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlalu dimasa kini, sehigga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyediakan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa di atas, Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan. Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya, hanya masa yang dapat menentukan..

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaliknya, Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka  akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan..

Penting untuk kita ketahui samada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan..
Tawakal dan Redhalah ..


Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu hari nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya.. dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu hari nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekuranganya.

Monday, 26 March 2012

Bayar Hutang Sampai Mati

Bumi di pijak milik orang. Pribumi merintih sendiri. Nenek moyang kaya raya. Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesama lah kita. Cinta lenyap di arus zaman. 


HARGA rumah di bandar raya Kuala Lumpur sekarang dianggap menakutkan. Kondominium One Menerung di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000.
Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga kota berpendapatan sederhana iaitu kira-kira RM6,000 sebulan.
Malangnya, bukan ibu negara sahaja yang mengalami kenaikan melambung harga rumah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Malah, kawasan pinggir Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama.
Tinjauan Jurnal di beberapa lokasi seperti Semenyih mendapati harga rumah teres baharu dengan keluasan 24x70 kaki (7x21 meter) kini mencecah harga RM460,000.
Di Kajang, rumah bersaiz 22x70 kaki berharga RM510,000, Rawang RM288,000 (20x65 kaki), Sungai Buloh RM398,000 (22x75 kaki) dan Klang RM335,000 (24x75 kaki).
Pada umumnya, rumah teres sering menjadi pilihan golongan berpendapatan sederhana kerana saiznya lebih luas serta memiliki laman dan tempat letak kereta yang mesra pengguna.
Malangnya, masih ada satu lagi berita buruk iaitu rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020.
Ini berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah.
Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Harga rumah di negara ini akan terus berkembang walaupun berlaku krisis ekonomi,” katanya.
Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.
Pendapatan

#HARGA rumah teres di Lembah Klang akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020.

Beliau memberi contoh rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh lapan tahun lagi.
“Untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.
“Secara purata pendapatan isi rumah sekarang ialah RM6,000 bagi golongan pertengahan. Jika harga rumah naik sekali ganda maka pendapatan isi rumah harus meningkat seiring dengan harga rumah,” terang beliau.
Membeli rumah berharga RM500,000 dengan pendapatan bulanan RM6,000 bukanlah satu tindakan bijak.
Menurut kiraan seorang pegawai bank, andaikan si pembeli meminjam RM400,000 sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun.
Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun.
Jika tidak bernasib baik, peminjam tadi mungkin meninggal dunia terlebih dahulu sebelum sempat melangsaikan hutang rumahnya.
Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang?
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kuala Lumpur, NK Tong berkata, pelbagai faktor menyebabkan kenaikan harga hartanah termasuk pengumuman kerajaan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang.
“Dengan kemudahan seperti MRT, orang ramai akan mula keluar dari pusat bandar dan bertumpu ke kawasan pinggir Lembah Klang. Sehubungan itu permintaan terhadap rumah akan meningkat,” hujah beliau.
Menabung


Tambah Tong lagi, konsep bina dan jual yang suatu ketika dahulu hangat diperkatakan diramal dilaksanakan pada tahun 2015 dan ia pasti meningkatkan harga rumah.
“Jika konsep itu dilaksanakan, pihak pemaju akan mengehadkan jumlah rumah yang dibina dan ini mengakibatkan terjadi situasi permintaan melebihi penawaran,” jelasnya yang tidak menolak spekulasi turut memainkan peranan rumah dijual pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar.
Dalam situasi ini pasangan muda yang ingin memiliki sebuah rumah idaman pada masa hadapan disaran supaya menanam tabiat menabung sekurang-kurang 10 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah.
Mentor kewangan, Azizi Ali berkata, senario sekarang menunjukkan kebanyakan pasangan muda bersikap sebaliknya. Mereka membelanjakan kesemua wang pendapatan dengan harapan akan ada lebihan untuk dijadikan simpanan.
Katanya, apabila menabung dulu sebanyak 10 peratus, pasangan masih mempunyai 90 peratus daripada jumlah pendapatan manakala jumlah hutang tidak boleh melebihi 40 peratus pendapatan.
“Jumlah bayaran untuk kereta tidak patut melebihi 10 peratus atau maksimum 15 peratus,” katanya.
Jelasnya, trend pasangan muda sekarang adalah mereka lebih cenderung memiliki kereta mewah hingga membebankan hutang isi rumah.
#KEMUDAHAN pengangkutan awam merupakan salah satu faktor harga hartanah meningkat.

Kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada hutang sendiri dan terpaksa bekerja keras semata-mata untuk melunaskan hutang,” katanya.
Bagaimanapun, kenaikan harga rumah mungkin memberi kebaikan kepada pemilik kediaman sedia ada.
Penjawat awam, Ariffin Ahmad, 30, memberitahu beliau membeli sebuah rumah teres dua tingkat pada penghujung tahun 2009 pada harga RM167,000.
“Tidak sampai setahun saya dan keluarga menetap di kawasan itu, harga rumah saya meningkat hampir sekali ganda menjadi RM288,000.
“Membeli rumah adalah satu pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang tetapi saya lihat kini harga rumah yang ditawarkan semakin mahal menyebabkan ramai orang tidak mampu membelinya. Jika ada pun, pasti lokasinya di luar Kuala Lumpur,” katanya.


 TIPS: JIKA ingin memiliki rumah idaman, belilah pada hari ia dilancarkan kerana harganya pasti meningkat selepas itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nilai matawang sekarang dah tinggi. Macam manalah generasi akan datang survive kan? Keluarga yang kurang kemampuan akan duduk di kawasan pendalaman balik. Harga rumah sewa PPR di kawasan Lembah Klang/tempat strategik pun macam membeli sebuah rumah dah. Sekarang ni pun, rumah sebesar flat pun, mencecah harga setengah juta. Tapi aku bersyukur, makbapak aku memberikan perlindungan kami sekeluarga yang cukup sempurna. 

Kalau dulu ayah beli rumah ni dengan harga RM25K, tapi sekarang, bank lelong dengan harga RM170K. Lagi luas dari apartment yang ada guard, yang ada swimming pool, gim dan kemudahan yang lain. Rasanya dah takde dah design rumah macam ni sekarang, yang terletak ditengah-tengah kawasan antara PJ dan KL. Selagi ada tanah yang kosong, selagi tu bangunan baru akan dibina. Kalau nk rumah teres, tanah lot, semuanya terletak kat kawasan pinggiran atau pendalaman jauh dari kawasan bandar/pekan.

Sunday, 25 March 2012

Eh! Tak Penat Lagi laaa..

Nikmatnya dapat bangun lambat rehat lama sikit dihujung minggu ni. Lagi 2minggu je Y.E.S (Year End Sale) nak habis dah. Masa perlukan duit untuk beli  barang-barang penting, masa ni la duit takcukup. Bila duit gaji kemain berkepok-kepok lekor dalam poket ni, taktahu dah nak shoping apa dah. Acik pening! Masa nie lah memerlukan duit untuk beli tu, beli ni. Mujurlah minggu depan dah dapat gaji.

#Sentiasa sesak

Semalam (24-March-2012), aku pergi ke Jln TAR, Jalan Tunku Abdul Rahman, bertemankan cinta-hati untuk menyambung misi mencari baju untuk majlis sepupu aku hujung bulan 4. Amboi, awalnya acik mencari baju. Hahahaha. Saja je, bukannya beli secara 3pasang sekali gus, beli 1-1 dulu. Asik dok tengok orang lain soping je, jeles gak rasanya hati. 

Ramainya manusia kat KL ni, pergh. Nasib tak panas terik, mujurlah hujan baru berhenti, rasa sejuklah sikitkan. Tapi apa-apa pon kan, aku akui, Jalan TAR & Sogo adalah the best kalau bershoping kan.. 

Jalan-jalan, dah jumpa warna dan design yang berkenan. Ni macam terus stock untuk raya je. Eh eh. Raya-raya, kenduri-kenduri. Sapa suh pengantin taknak sponspor sepasang baju untuk pengapit? Hahahah. Tepuk dada, tanya hati.

Lepas tu, masuk plak kedai barang-barang perkahwinan. Walaupun taktahu kawin bila (moga-moga dipermudahkan semuanya) tapi dapat rasa situasi dalam kedai tu pun jadi lah. Aku cuma beli Crepe-paper & dawai halus. Saje gatal, murah takpe, jangan mahal. Bukan apa, saja nak cuba buat bunga tisu.

#Crepe-Paper yang Colorfun. Rasa nak borong semua jeeee..
#Moga-moga DIY ni menjadi

Tapi DIY bunga tisu banyak design die eh. Acik pening tak tahu nak buat yang mana satu. Rasa nak buat semua je. Hahahah. #Dah! Stop citer pasal ni.

Sambung berjalan lagi, servey untuk mencari baju kurung warna pepel violet. Kusudah jatuh hati dengan warna nie. Takmau dah warna laen. 

#Purple Violet

4,5 buah kedai aku dengan cinta-hati keluar masuk, tapi tak ketemu juga. Dah ada yang berkenan, tapi spoil tang jahitan, manik, dah habis size lah, baju senteng/pendek. Conclusion,  ada yang je yang tak kena. Sampai kan kena perlilah dengan sidia, 

"Eh! Jum lah jalan-jalan lagi. Sana kan banyak kedai lagi tak melawat. Belakang-belakang bangunan tu."

"Alah, taknak lah. Dah penatlah. Sana tu kedai tudung je. Kang gi sana, kena patah balik ke parking, lagi jauh."

"La, mana ada JAUH. DEKAT je dengan parking tu. Kedai pun taktutup lagi""

"Tolong-tolong-tolong! Lain kali laaaa. Kaki acik nih dah penat dah. Nanti nex-week ke, kita terus  pergi kedai tu terus, Takyah pusing-pusing dah. Jum gi makan, LAPAAAARR"

Sian cinta-hati, tapi kita belanja awak makan kan kan kan.. Makan kat Downtown, Cheras je.Orang lain, meja yang 2orang, ada cawan 2, pinggan 2, yang kiteorang ni, air tin 5 tak hengat, asik tambah air jeee. Tak cukup makan steamboat, beli uncle bob, pastu makan mihun sup utara. Ni betul-betul balas dendam tak makan dari pagi ni. Dah kenyang, baliklah.

#Ada orang panggil - Cucuk-cucuk
#Gian dah acik makan Uncle-Bob ni


#Sup Utara, tapi sup dia kurang KICK! 
Aku cuma beli sepasang baju kurung, tudung - 2helai, crepe-paper, dawai dan makan-makan.

Syukur ku kepada Mu, Ya-Allah, rezeli yang engkau limpahkan keatas hambamu ini. Aminnn~


P/S: Awak, terimakasih ye temankan jalan-jalan tadi. 
Nah! Untuk awak :)
Kenalakan atau kesungguhan, 
Sukar untuk mencari perbezaan,
Betapa kau cuba melindungi,
Jelas diwajah rahsia hati

Friday, 23 March 2012

Ahmad Nyanyi "Iman Mutiara"

Assalamualaikum.. :)
Lama rasanya tak dengar lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Raihan ni. Masa sekolah dulu, ni lah lagu feberet untuk persembahan nasyid. Hehe. Tengah tengok-tengok video kat youtube, alh-alih, terjumpa video ni. 

Paling kelakar bila dia dikenakan kawan dia tanpa sedar, "Saya hensem!". Hahahha. Jum kite dengar kan lagu yang disampaikan oleh Ahmad Abdul Latif, dari Afrika Selatan.

#Iman tak dapat diwarisi...

p/s: Subhanallah, hensem die terletak disuaranya yang merdu.Silaturrahim yang baik antara muslim kan...

Beg Tangan Macam Dalam Komik

Hairan dengan tajuk entry kali ni? Waahhh.. Da hujung-hujung bulan, confirm ramai yang Q depan ATM mesin dan peniaga nasi campur kat area-area opis mesti kurang customer untuk minggu terakhir setiap bulan. Restoran-restoran makanan yang best, masyuk lah kan. Ala, sekali sekala kan makan mewah-mewah ni. Kerja penat-penat, tapi asek makan kat warung je, tak syok juga kan.

So, kaum-kaum lelaki sure pergi masjid untuk solat jumaat, kaum-kaum hawa, apalagi, membzkan diri di shopping mall untuk membelibelah kan. Tak gitu? Hehehe. So, sapa-sapa yang nak membeli handbeg baru, try la beli design yang terbaru ni. Ia boleh menipu mata kita tau, kadang-kadang buat kite keliru. Tapi tak tahulah kat Malaysia dah keluar ke belum.

Kalau tengok betul-betul, semua gambar kat bawah nie adalah handbeg sebenar bukan lukisan atau dalam komik.


--> Giler Cool!

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum...
Salam hari jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan keatas diri ini untuk bernafas dan menikmati segala yang ada dimuka bumi ini sehingga saat ini. Hari ni aku nak share kelebihan Solat Sunat Dhuha dan pada waktu bila solat sunat ini boleh dilakukan. 

Solat sunat Dhuha (Kunci Rezeki) merupakan antara solat sunat yang menjadi amalam Rasulullah S.A.W sendiri. Banyak hadis-hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutaamaanya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah yang bermaksud,

"Kekasihku Rasullulah Sallalahu 'alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan telah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakkat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuada tiga hari daripada tiap-tiap bulan."                              (HR Al-Bukhari & Muslim) 
Cara untuk melakukan, berapa bilangan rakaat bagi solat dhuha, waktu yang sesuai, niat solat sunat dhuha dan doa selepas selesai solat boleh lihat dibawah.

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Kelebihan melakukannya, sepertimana sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis yang bermaksud:,


” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” 
(HR. Anas B Malik). 

” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” 
(HR Tirmizi)
”  setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” 
(HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Kita juga digalakkan mengerjakan solat sunat dhuha lebih-lebih lagi ia memberikan kita kebaikan seperti mendapat rezeki murah dan sebagainya. Jika ada masa, luangkanlah masa selama lima minit untuk mengerjakan solat sunat dhuda. Insya-ALLAH.

Jom kita cuba biasakan diri kita mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Even ianya hanya solat sunat, tapi banyak kelebihanyya jika melakukannya.

Thursday, 22 March 2012

Gastrik Oh Gastrik!

Dah 6hari aku puasa ganti, tapi hari ni aku niat untuk puasa sunat. Lagi 3,4 bulan nak sambut Ramadhan, baru la sekarang terkedek-kedek nak ganti. Takpe lah, sikit-sikit, lama-lama habislah kan. Yang korang dah ganti belum? Hehe.. Tapi hari ni, aku kena gastrik. Mujurlah bukan pengidap gastrik tegar. Gedikkan taknak sahur / makan malam sebelum tido. 

Sekarang ni, lagi 2 jam kot nak buka, rasa rugi plak kan kalau aku buka. Tapi aku pernah kena gastrik teruk masa bulan puasa, 2-3 tahun lepas. Bila dah gastrik, gatalkan tak nak buka dulu, so, perut akan menjadi pedih. So masa buka, kau makanlah apa pun, mesti perut rasa tak best. Lagi tak best, bila dia tendang balik. Perghhh! Tak rasa rugi ke, korang dah buka makan ayam golek, mutabak femes (kononya lah kan), tup tup, kena buang balik. Ngeri kot masa tu. Sapu minyak kat perut pun serba tak kena. Yang tak best, bila angin dalam perut berpusing-pusing. Kadang-kadang tu, kentot buang angin pun tak lepas, dia masuk balik dalam perut. Perghhh!! Selagi boleh kuarkan angin, aku kuarkan. Hahahha. Bukan apa, selagi boleh tahan puasa, insyALLAH.

Gastrik ni bukan apa, cuma kurang makan, atau makan tak ikut masa tak pun makan lambat. Dari situ, angin boleh masuk. Kadang-kadang dia kena kat ulu-hati. Kalau makan pulak masa kena gastrik tu, tak boleh makan yang masam-masam, macam orange, nenas walaupun tembikai. "Tembikaikan sejuk." Memang sejuk, tapi boleh makan dalam kuantiti yang sedikit. Doc yang pesan macam ni kat aku.

Lepas ni, tak boleh lah terlepas waktu makan, dan kena lebih menjaga kesihatanlah nampaknya. 

#Bulan puasalah alasan ni paling femes. Hehe
So, kat sini aku share lebih details makanan/minimum yang tidak digalakkan untuk ambil masa gastrik...


Makanan/Minuman berasid
Kepada yang suka minum orange juiceair limau nipis atau air asam jawa, disarankan agar mengurangkan pengambilan minuman ini. Memang ia kaya dengan vitamin C tetapi ia juga kaya dengan asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis, selembut sutera… Jika nak minum juga, pastikan anda telah makan di waktu prime anda iaitu pagi, tengahari dan malam. Makanan yang berasid pulak ialah makanan yang biasanya mengandungi cuka seperti acar dan sebagainya. Ini memang sumber terbaik untuk asid.. sekali kena pasti berguling…

Makanan Pedas
Ini bergantung kepada tahap ketahanan perut seseorang. Ada yang makan kari pun dah cukup pedas untuk mereka dan ada yang tak boleh makan lada sulah pun!! Ada yang ekstrem yang boleh makan masak lomak cili api (mmm lazatttt) ditambah dengan sambal kicap + cili api. Makan atas risiko sendiri.. kalau rasa tak boleh, jangan!! 

Makanan Yang Berangin
Ada banyak jenis makanan berangin seperti kekacang, ulaman petai, jering, kerdas dan yang sewaktu dengannya juga  durianubi dan lain-lain. Jika diketahui makanan tersebut ber “angin” elakkan memakannya lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak. Namapun gastrik kan? (bukan gas trick macam yang ramai kena di bulan puasa tau!!).. jadi kurangkanlah makanan seperti di atas. 

Susu?
Yang ini aku tak berapa pasti sebab ramai yang bercanggah pendapat mengenai kesan pegambilan susu ke atas pesakit gastrik. in my case, aku tak boleh mulakan hari tanpa minum milo + susu. Minum susu segar lagi aku suka, cuma agak parah la kalau tiap-tiap hari nak beli susu segar kan? Ada yang kata susu buat perut derang lagi meragam, jika benar, elakkanlah! 


"Semoga Aku Di Beri Kesihatan Yang Baik. Aminn~ "

Wednesday, 21 March 2012

Zaman Persekolahan

Waahhh! Hari ni keputusan SPM keluar. Aku tengok status bekas calon-calon SPM 2011, semuanya update status pasal keputusan yang akan keluar hari ni. Ada yang tak senang duduk, ada yang tak keruan, ada yang tak boleh tido, dan macam-macam la perasaan yang dorang sharekan kat wall FB masing-masing semalam. Bila teringat balik, da lapan tahun berlalu. Kejap je kan. Tapi makin hari, fenomina 15A1 menjadi trend. Dari 15 ke 20, lepas tu ke 21A1. Rezeki masing-masing. Jangan nanti jadi culture-shock dah la. Opppsss!! 

Dan setiap murid wajib ada henfon dah sekarang. Bayangkan, budak sekolah rendah pun da pakai i-phone. Jeles acik tau. Dunia teknologi makin canggih, dan dah tak terkejar dah kan.

#Untunglaaaaa

Masa alam persekolahan dulu, mesti korang-korang termasuk aku ada cikgu feberet kan, kalau tak feberet tapi mesti ada gelaran lah untuk sorangdua cikgu kaaan.. 


Tingkatan 4, orang kate "honeymoon year". Hahahaha. Memang honeymoon betul-betul. Aku teringat cikgu Math masa tu, merajuk taknak ajar bila aku tanya soalan untuk kerja sekolah. Yela, dia dok mengajar, kiteorang duk cakap-cakap. Hahaha. Masuk tingkatan 5, catch-up balik siliver untuk semua subjek. Tiba-tiba rindu zaman sekolah. Pergi lab, masak-masak, jahit, bertunang, bertukang, perhimpunan, spot-check, sukan, kokurikulum, paling syok hari guru. Confirm la kan, cikgu displin yang paling banyak dapat hadiah. 

#Kadang-kadang pening nak bagi hadiah apa
Paling menggerunkan masa kena jawab soalan tiba-tiba. Ngeri kot. Balik ni study, esok, cikgu nak tanya.


Yang syok bila dapat jawab, dapat extra markah untuk exam.

#Best kaannn

Boring bila dapat cikgu B.I atau Sejarah yang lagi memboringkan.


Yang syok masa waktu PJ (Pendidikan Jasmani). Cikgu aku ada macam bawah ni, tapi kiteorang gelarkan dia "Datin" walaupun bukan. Nasib dia bukan cikgu PJ kelas aku.


Tapi tu semua tinggal kenangan. Semuanya telah berlalu. 

Alhamdulillah, sekarang aku dah genggam segulung ijazah, hasil penat lelah belajar selama ni. Terima kasih makayah dan cikgu-cikgu masa sekolah dulu. Walaupun nakal masa sekolah, tapi ilmu yang diturunkan tak pernah luntur. 

#Alumni Uniten 2011
Kepada calon-calon SPM 2011, jangan mengalah andai dapat keputusan tak seberapa. Perjalan korang masih jauh. Andai tak dapat masuk U, masuklah tingkatan 6, takpun amik kusus kemahiran. Anggaplah adik-adik dah buat yang terbaik masa exam aritu kan. Tahniah diucapkan kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang. 

Setiap hariku dibimbingnya,
Agar tumbuhlah bakatku,
Kanku ingat selalu, nasihat guruku,
Terima Kasih Cigu :)

Monday, 19 March 2012

Keajaiban

Tiga tahun telah berlalu. Alhamdulillah, awak sentiasa di sisi saya. Tiba-tiba, aku teringat keajaiban yang berlalu tiga tahun lepas dalam masa 5minit. Kenangan yang mengusik jiwa. 
Chheewaaahh! Acik kau.

There can be miracles, when u believe


Awak,

skang saya percaya keajaiban. Ia berlaku tanpa di duga. Memang tersentak.
Sungguh tak sangka.

Dan...
Maaf sebab saya hampakan request dari Puan Rehan.
Maaf sangat-sangat tapi saya puas.
Entah. Tak tahu sebab apa.
Suke sangat-sangat mcm ni 



      |
      |
      V

    


Walaupun malam tu ade benda yg tak best berlaku,
Kita boleh bersabar lagi kan.
Sabar sabar dan sabar.
Cume lambat dengan cepat je.


#Ini cerita TIGATAHUN lepas. 

Saturday, 17 March 2012

'Jangan sampai adat susahkan urusan kahwin'

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang Melayu tidak terlalu memberi tumpuan pada soal adat dan budaya sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk "terpaksa berhutang." Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan tidak wajar membiarkan diri dibebani pelbagai 'gangguan' budaya Melayu. 


“Soal nikah kahwin dalam Islam adalah perkara yang amat digalakkan dan boleh disempurnakan walaupun hanya dengan mas kahwin 'cincin besi'.

“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, bakal pengantin dan keluarga sepatutnya hanya memikirkan belanja mas kahwin dan jamuan untuk tetamu sahaja. Budaya Melayu yang mahu ditonjolkan katanya, menunjukkan banyak duit tapi pada hakikatnya banyak antara masyarakat yang terpaksa berhutang.

"Kita lihat banyak pameran perhiasan, pintu gerbang perkahwinan yang sengaja dibuat-buat sedangkan ia memakan banyak belanja," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, hari ini. Beliau berkata, jika tidak kena caranya, si suami mungkin terpaksa mengambil semula mas kahwin dan berhutang dengan isteri kerana mahu melangsaikan pinjaman persiapan majlis perkahwinan.

"Padahal mas kahwin itu seratus peratus milik isteri, tetapi akhirnya habis di tangan suami dek kerana hutang yang banyak," katanya.

sumber: My Networks

*******************************************************************************************


Tengok sekarang ni pun, kenduri kahwin, dah grand-grand dah. Macam dah jadi trend, umpama macam dorang ni berlumba-lumba majlis sapa yang lagi hebat. Dan pada masa yang sama, hantaran sekarang pun mengikut tahap level pihak perempuan. Tak hairan lah, sekarang ramai kaum perempuan menyambung pengajian tahap lebih tinggi. Macam Master, umur 24 pun dah boleh graduate,jadi, sebelum umur 30 dah ada segenggam PHD.

Pada zaman sekarang ni, nilai hantaran seseorang perempuan terletak pada tahap pengajian dorang bukan tahap kebolehan diri. Makin tinggi pengajian, makin tinggilah harga. Hantaran paling rendah sekarang ni, puratalah kan, dalam RM8k, untuk Diploma. Benda ni lah kadang-kadang membebankan pihak lelaki. Bukan nak menyebelahi pihak lelaki, tapi, kalau difikirkan logik, andai kite ada abang kandung, tak terasa beban ke kalau hantaran tinggi, lagi-lagi pihak perempuan nak 100% duit sendiri dari pihak lelaki. Tak ke naya. 

Kadang-kadang, aku terfikir juga, dengan nilai hantaran yang makbapak kite letakkan, sama ke nilai dengan yang ada kat diri kite? Boleh ke menjadi isteri yang boleh patuh arahan suami? Boleh ke menjadi ibu yang baik kepada anak-anak suami kite? Dan sebagainya..... 

MunasabahDiri: Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. 

Jum dengar ni --> Ta'liq, Hantaran & Video dan Nikah Gantung