Memandangkan sekarang musim hujan, so kebarangkalian untuk bangun pergi kerja adalah tipis. Hahaha! Nak dating pun kena cancelkan last minute. Semalam ntah kenapa teringin nak makan kat SS2. Lama kot rasanya tak pergi. So, aku dengan mrMok pergilah selepas balik keje. Mula-mula cuaca cerah, ntah tiba-tiba masa otw tu, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Terpaksalah berdating sekejap bawah jambatan. Pengalaman pertama sebab tak pernah merempit tengah-tengah hujan ni. Tapi takutlah juga bila duduk bawah jambatan tu dengan kereta, bas lalu lalang. Tawakal je la. Bila hujan dah reda, baru meneruskan destinasi. Alhamdulillah, sampai juga tempat yang nak dituju dan menghadap rezeki didepan mata. Sejuk jeeee. Takpe, susah-susah dulu, senang-senang kemudian. Bila lagi nak merasa susah kan asyik merasa senang jee. ^_^
Sumber: Pakcik Google
No comments:
Post a Comment