Kongsi Resepi

Thursday, 26 June 2014

Review E-Day -- MUA

Kalau ikot bajet, memang aku nak minta tolong dengan sorang kawan ni.
Dah booking since awal bulan 5 lagi..
Nak jadikan cerita, 2minggu lepas tu, mama ajak gi butik kawan dia -- k.Ina..
Ingat nak sewa veil ngan accessories nak padan kan dengan baju bertunang nanti.
Kalau ikutkan, jangankan mama, dengan kak Ina pun macam jem sebab dorang x expect baju tunang macam tu...

Yelah, macam aku bagitau, kalau ikot bajet tuan punya badan, kite tau lah macam mana kan.
Sebab baju tu tak touch-up lagi. Nasib baik ada veil yang padan dengan baju tu. Pasal baju nanti aku review next entry! Hihi...

Bila veil dengan accessories dah booking, kak Ina promote mini pelamin dengan make-up, da booking belum. Bukan tak nak amik dengan k.Ina, tapi ongkos nya enggak cukup. Mini pelamin aku amik seminggu sebelum majlis. Sebabnyaa... tunggu next entry!

So, bila aku cakap yang make-up aku minta tolong kawan, pergh, mama punya bising, boleh down tau.
Rasa nak keluar je dari butik. Bila aku cakap, duit tak cukup, terus dia bagi bayarkan. Dah orang bayarkan, kite amik lah. Hahahaha..

So, aku amik make-up, veil dengan accessories -- berbaloi lah harga untuk area KL. Ada yang aku servey, harga yang aku dapat dari K.Ina ni, hanya dapat make-up je. T.T


So, kak Ina datang dan make-up kan pukul 11.30pagi, sebab pagi tu ada kenduri doa selamat.
Aku cuak juga, takut muka jadi lain ke, putih melepak sangat ke...
Elok siap sume 20minit sebelum pihak lelaki sampai. Masa tu baru rasa nerves.

Aku nak tengok kat cermin output dia pun aku takut. Tapi kak Ina speechless bila tengok hasil tangan dia sendiri. Mama lagi la, bila dia masuk bilik nak tengok da siap ke belum, tersengeh2.. Hahaha..

Aku recommend kan sape-sape yang area Lembah Klang, korang gi kat facebook.

Baju pengantin dia up-to-date. Berbaloi dengan bayaran korang tu.



No comments: