Kongsi Resepi

Thursday, 23 January 2014

Tabung Menabung

Assalamualakum wbt..
Nak masuk bulan 2 2014 baru aku terhegeh nak update cite baru..

Alhamdulillah, 
Masih diberi kesempatan merasai nikmat dariNya,

Tahun baru, 
So far, keja je masih lama...
Iman masih sihat, belum ada menantu lagi :D
Kesihatan alhamdulillah, keluarga bahagia,
Masih dengan chenta-hati yang sama.. InshaALLAH...

Dan juga, awal tahun ni bolehlah start menabung..
Untuk masa depan kata orang..
Dan juga nak kotkot emergency nak guna masa pertengahan dengan hujung tahun nanti..
Hihihi

Aku ada 4 tabung..
1dalam kereta, 1 dalam handbag, 1 kat rumah, 1 kat opis..
Aku tak boleh statik 1 benda je, nanti mula lah kepala ni duk pk..
Kalau duit tak cukup, nak korek je tabung tu.. Dah la tabung ada 1 je,
Nanti lama-lama, macam tu je duit dalam tabung.. Pasang surut je laaa kannn..

Tabung dalam kereta selalu letak bawah seat driver, 
Yelah, duit syiling banyak2 balance bayar tol tu,
Kalau aku guna duit syiling tu balik untuk bayar tol, 
Alamatnya macam duit habis macam tu je..
Mula-mula dulu nak disiplin kan diri, aku simpan duit syiling baru je.. 
yang macam token emas tu..

Memang aku takkan guna.. mula2 baru nak dapat, teruja lah kan..
Then, upgrade sikit, simpan 20sen plak, lepas tu, 50sen, 
Lama-lama aku statikkan je lah, yang duit syiling baru, 20sen dan 50sen memang aku takkan pakai..
Aku just pakai 10sen je.. 
Aku guna duit seposen je untuk bayar tol ( tol RM1.30, RM1 x1, Seposen x3)
So, yang lain, masuklah dalam tabung.. Dan tak sedar, tabung dah penuh...

Kalau kat opis, selalunya balance duit belanja dari lunch tu la aku masukkan dalam tabung..
 Kadang2 kemas handbag ada duit syiling, ada lebih, masukkan duit kertas....
Lama-lama penuh... 

Sama juga dalam handbag, duit syiling aku simpan dalam begduit syiling .. 
Ni pun aku statikkan tak guna 20se, 50sen dengan coin emas tu..
Lama-lama, berat la juga.. 

Yang kat rumah, selalunya kalau kemas rumah, basuh baju..
Mesti jumpa 10sen,20sen merata2 kan..
Masa ni la aku masuk dalam tabung.. Hihihi..
Tapi tabung kat rumah lebih kepada duit 10sen.. 
Jenuh aku nak tunggu tabung tu penuh.. Sebab tabung botol susu yang besar tu aku guna untuk menabung.. 
Credit: PakcikGoogle

Last week,
Acara mengira duit yang aku dah menabung..
Semalam baru bawa balik tabung opis..
Jenuh nak mengira duit syiling ni..
Dah lama tinggalkan tabiat ni kan...
Alhamdulillah...
Act, duit gaji aku buat banyak saluran..
Antaranya TabungHaji dengan ASB..
Takdelah duit tu habis macam tu je kan,,
 
 


Tapi untuk tahun baru, aku ada buat jadual..Alhamdulillah.. 
Masih belum tinggalkan lagi... Setiap minggu tambah RM2 je..

Sementara awal tahun ni, jum la menabung..
Kang dah masuk bulan4, mood malas tu dah datang.. Hihi
SELAMAT MENCUBA!!! :)

3 comments:

piqa da bajitos said...

kat rumah ni ade 3 , satu atas peti ais , satu kat meja depan satu kat bilik.hehe

missmeraa said...

wah.. best kan bile gabungkan semua.. hihi

Cik Iman said...

siap ada jadual tu. boleh gak Cik Iman try cara nie :D