Kongsi Resepi

Thursday 30 August 2012

Hari Raya Pertama

Alhamdulillah..
Bertemu lagi di 1 Syawal..
Semua sihat-sihat hendaknya...

Macam biasa, sebelum pergi sembahyang raya,
Makan dulu..
Ketupat, rendang, sambal kacang, sambal sotong, sup etc..
Aku rasa tu je la kali pertama dan terakhir aku jamah makanan untuk hari raya pertama..

Balik dari sembahyang raya,
Makan kejap..
Then bermula lah sesi maaf bermaafan..


Ada yang serius, ada yang main-main..
Tacing bila bab nak salam atok n nenek.
Syukur dipanjangkan umur mereka untuk raya tahun ni.
Moga-moga sehat hendaknya sampai bila-bila..



Lepas tu,
sesi pemberian duet raya..
Macam pirahna..
Tolak-tolak, kene duduk diam baru dpt duet, redeem angpaw..

Sampaikan ada pakcik aku ni pening tang nak bagi duet raya..
Takut over-budget... 
Siap suh kumpulkan adik beradik baru dapat duet.
Hahahaha...
Ni had yang kene kumpulkan adik beradik baru dapat duet raya

Ni plak had yang kene redeem angpaw.

Tak de jalan ke mana,
Dorang ajak gi rumah terbuka PM kat Putrajaya..


Penat turun naik bukit..
1st time raya macam ni..
Selalunya time macam ni aku sekeluarga dah packing barang-barang nak balik ke Melaka pulak.
Postpone raya ke2 lah gamaknya...

Untuk raya pertama, dapat lah pergi beraya 2buah rumah..
Hehehe.

Perjalanan ke Melaka raya ke-2

Wednesday 29 August 2012

Hari Terakhir Di UOA

Pejam celik pejam celik,
Dah setahun lebih aku kerja kat opis ni..
Macam tak caya je..
Dulu beranganlah juga nak kerja kat sini
Sapa sangka rezeki kann..

Pagi2 pergi kerja naik bas,
Beli nasi lemak, topup, buah2an, nasi ayam, kueh etc..
Balik kerja tunggu bas..
Berebut, tolak-tolak, himpit-himpit naik bas..
aiiii..
Kenangan je semua tue..

Hari terakhir ni lah juga aku lastday kerja..
Dan juga opis pun berpindah..

Lastday ni juga lah 1st & last makan bertiga kat kedai mamak bawah opis ni..
Hehehehe..

Bila barang-barang dah kemas,
Bos pun kasi balik awal..
Pkl 2ptg dah "halau" balik..

Bos sorang yang simple,
Kadang-kadang kiteorang je saiko diri sendiri lebih kate bos moody..
Sedangkan memang dia macam tue..
Dia tak lokek dengan makanan..
Tapi kalau makan sekali dengan dia,
Kena lah makan cepat-cepat..
Sebab dia makan macam sekali hirup je...

Kalau jalan dengan dia..
Penat ooooo..
Dia dah lah tinggi.
Nampak je jalan slow, tapi langkah besaw..
Semput ok bila ikut langkah dia..

Tapi dia la bos yang paling cool..
 :D

BYE!!

Tahun pertama bekerja,
Dapat lah merasa celebrate birthday kat opis..
Hehehe..


Tuesday 28 August 2012

Resepi : Daging Rendang Tok Basah

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir Batin :)

Ni resepi turun temurun...
Hanya ada pada hari raya je.
Sangat laku & limited!

Kalau sapa lambat masuk ke dapur masa makan sama-sama di pagi raya...
Alamatnya memang tak dapat lah.
Ntah! Tak tahu pulak kenapa mama buat limited.
Malas nak tanya.
Ke sebab dah banyak sangat rendang ayam, daging, sup daging, kuah kacang, lontong, sambal, lemah, ketupat etc atas meja tuh? 
Kaaannn..

Raya kan sebulan..
Korang boleh lah mencuba resepi ni untuk majlis rumah terbuka..
Tak pun masa tetamu datang ke rumah...



Bahan-bahan: (1a)
  • 1 kg daging pinang - #dihiris
  • 4 biji bawang besar - #dihiris
  • 125ml kicap lemak manis
  • 4 sudu makan rempah rendang tok
  • 2 sudu makan kerisik


Bahan-bahan: (1b)
  • 1 biji bawang besar - #dihiris
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 juntum bunga cengkih
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun pandan
  • 2 labu bawang putih - dikisar
  • 5cm halia muda kasar
  • 125ml cili kering yang dikisar
  • Garam secukup rasa
  • 125ml minyak masak
  • 250ml santan

Cara Memasak:
  1. Daging dipotong kiub saiz 2.5cm. Gaul semua bahan A dan dibiarkan diperap selama 45 minit.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, daun pandan dan serai sehingga kuning-kekuningan.
  3. Selepas itu, masukkan bawang putih dan halia. Kacau rata sehingga mendidih.
  4. Masukkan cili bih. Kacau perlahan-lahan hingga pecah minyak. 
  5. Selepas itu masukkan daging perap tadi., balik-balikkan sama rata, masukkan santan dan kacau rata. Tutup kuali dan biarkan mendidih dengan api yang sederhana kecil selama 3jam.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Jika sudah cukup lembut, bolehlah tutup api dan hidangkan.


Kan best kalau boleh repeat balik dengan ketupat!!

 



Monday 27 August 2012

Hari Pertama Selepas Raya Seminggu

Monday Blues datang lagiiiiii..
Kejapnya dah habis cuti raya seminggu..
Tak puas beraya...
Lemau betul kerja hari ni..

Mood kerja, dimana dikauuu?

Hurmm...
Korang balik kg, jem tak?
Aku sekeluarga balik Melaka raya ke-2,
OhMakAii..
Jem... Tapi bergerak lah...
Mujurlah tak de accident.
Cuma banyak kereta je..
500meter ke R&R Seremban

Masa jem ni la, kiri kanan kete..
Penuh bertema-tema...
Ada tema PINK, HIJAU, MERAH, OREN...
Kiteorang pun tak nak kalah juga, 
Tema Ungu...
Hehehehe..

Tahun ni lah raya paling lama duduk kg.
Hari Jumaat petang dah balik KL, tu pun banyak kete dah kat highway..
Kalau balik hari Sabtu..
Masaklah...

Nasib kg kat arah selatan.
Dengar cerita yang belah Utara, 
Ada yang sangkut 7-8 jam dalam jem..
Sedangkan perjalanan biasa 3-4jam je...

P/s: Ni baru cerita kisah perjalanan.. :D

Friday 17 August 2012

Resepi: Agar-agar Milo

Hari terakhir bekerja di bulan puasa...

Tiba-tiba, hati tergerak nak buat puding...
Dah lama dah berhajat, tapi tak ada masa ke malas??
Balik dari kerja, singgah kedai jap, beli bahan-bahan dia..
Cekidaut!!

Aku sharekan resepi kat sini..

Lebih kurang macam ni la..
Tapi shape lain!

Bahan (Lapisan Coklat)

  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo


Cara-Cara:-

  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Bahan Lapisan Susu:-

  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila


Cara-Cara:-

  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.
So, boleh lah buat desert ni untuk berbuka puasa nanti..


Sumber : Dunia Dapur Kama

p/s: Nak kemas-kemas barang. Jap lagi nak balik kampung..


Duit Raya

Ada yang belum tukar duit raya?
Macam tahun lepas, minggu ke-3 puasa aku tukar..
Tu pun semua bank ramai time lunch.
Nasib ada "bank kecik.."
So, tak ramai orang lah..
Tu pun cukup-cukup dengan yang aku nak tukar..

Tahun ni....
Puasa ke-5 aku dah siap-siap tukar duit raya.
Fuhh..! Ngam-ngam sejam rehat tuk tukar duit raya..
Nasib Dataran Maybank kat sebelah opis ni jer...
Tu pun ngeri aku dengar bila kakak kaunter tu ckp, 
"Duit baru habis, habislah."



Alhamdulillah..
Tahun ke-2 sebagai pemberi.
Macam tahun lepas, "pulang modal" duit raya I..
Tahun ni, agak-agak jadi lagi tak?
Hehehehe..



Dah buat listing awal-awal dah..
Takut kang, terbagi sorang 2sampul, over budget nanti..
Jum isi duit dalam sampul..
Masa ni la best suh dorang buat "drama ampun" depan aku..
Huahuahua..

Inilah Iman.. :D
Saya spesis Siamese Cat!

p/s: Mood dah ke laut da ni......

Friday 10 August 2012

Rantai Raya

Lebih kurang seminggu je nak menjelang raya..
Masa ni lah 10hari terakhir Ramadhan..
Antara 10malam Lailatulqadar... Malam Pengampunan..

So, korang dah shopping?
Dah lengkap persiapan raya?
Ke ada yang suka shopping last minit??

Aku suka shopping last minit..
Sebab murah... Harga baju jatuh 70 persen youu...

Harap-harap sempat lah shopping masa hari terakhir bekerja minggu depan..
Tapi bukan benda ni aku nak cite..
Tapi pasal Iman a.k.a kucing kesayangan..

Kelmarin ada belikan dia gelang loceng..
Tapi terbesar plak..
Lupa plak budak ni kecik lagi..


So, longgar sikit la..
Seharian, bunyi loceng je.. 
Maknanya dia tak tido lagi la tuee..

Semalam, balik dari keje, 
Ayah kate, rantai dia hilang..
Puas mencari, tak jumpa..
Sampaikan ayah aku cakap...
Cer tanya dia (IMAN), mane dia hilangkan rantai tue..
Last-last aku teringat gelang tangan adik aku..
Oklah, janji ada loceng..
Amboi... Bersinar-sinar diamond diaaa..
Ni hadiah raya! Baju tak boleh beli, tak de size..


So, jangan hilangkan lagi!!

Macam  BeverlyHillsChihuahua plak dah!

Wednesday 8 August 2012

Resepi : Daging Lada Hitam

Alhamdulillah..
Dah masuk 19Ramadhan..
So, semalam korang masak juadah berbuka ape?
Mama buka kat kampung..
So, terpaksa lah balik tu aku masak serba ringkas untuk ayah & adik-adik..
Hehe...

Jadi, juadah berbuka untuk saya sekeluarga semalam,
Daging Lada Hitam

Lagipun bahan dia ringkas je, 
mujurlah semua bahan-bahan ada dalam peti ais..
Tak delah terkejar-kejar nak beli barang kat pasar..
Ye lah, balik kejar masa bulan Ramadhan ni, 
Betul-betul mencabar..
Jem jangan cakap la..
Menguji kesabaran..

Meh sini saya sharekan resepi..
Mana tau, boleh buat juadah berbuka korang untuk hari ni.. 

#Maaf lah kalau buat korang tertelan air liur..
Bahan-bahan
  • 500 gm daging lembu *potong kecil dan nipis
  • 2 s/b kicap pekat
  • 2 s/b tepung jagung *bancuh
  • 1 cawan air
  • 2 s/b lada hitam *tumbuk
  • 3 s/b minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa...

Bahan Tumis (mayangkan/hiriskan)
  • 5 ulas bawang merah/kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar

Bahan Hiasan (pilihan)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang *potong 1 inci
  • 1 biji tomato *belah 6
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau

Cara membuat
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu. 
  2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
  3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
  4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.
  6. SIAP!!
 

Sumber: Chef Hanieliza


Thursday 2 August 2012

Buttermilk "plays" with her "friends" :)

Selalu kita tengok kelincahan anak kucing yang sedang membesar kan..
Lincah, aktif, lompat sana, lompat sini..
Koyak kain, langgar baju yang dah berlipat,
"Kemas"kan rumah...
Walaupun nakal, tapi doranglah boleh hilangkan stress kita..
Hilang segala masalah kejap...

Kali ni, aku share kan kat korang 1 video nih..
Memang lucu giler..
Tak padan dengan kecik..
Suka-suka je tendang kawan dia..
Lompat-lompat..
Amboi!!!

Tengok kelincahan yang sekor tu,
Teringat Iman kat rumah..
Sejibik perangai Iman..
Lagi geram bila Iman main syok sendiri..
Sendiri tolak elmo, sendiri lari..
Dah lah lari senget sambil bulus ekor kembang-kembang...
Rindunyaaaaaa...



Kawan dia yang tak bersalah, jadi mangsa....
Piat telinga yang comel tu kang!!

P/s: Nanti aku upload video Iman and entry baru pasal dia..